IKTIRAF UEC KIKIS KETUANAN MELAYU SECARA SENYAP

597
SHARES
3.5k
VIEWS

Sama ada kita mahu menerima hakikat ini atau tidak terpulang tetapi yang jelas makin lama Perikatan Nasional (PN) memerintah, makin jelas dasar pendidikannya, tidak ubah ibarat “lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya”, khasnya dalam isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) apabila pemegang sijil UEC secara rasminya diiktiraf sebagai Pegawai Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam dengan menerima mereka masuk ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
 
2. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Radzi Jidin, menjelaskan program terbabit sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011, iaitu di era kerajaan BN lagi, malah diteruskan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

3. Beliau menjelaskan kemasukan graduan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), adalah bagi memenuhi keperluan dalam bidang pengkhususan bahasa Cina di SJKC.
 
Rujuk sini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/719972/lulusan-uec-diterima-masuk-ipg-untuk-subjek-bahasa-cina-sjkc
 
4. Persoalannya, apa gunanya kerajaan bertunjangkan parti-parti Melayu: BERSATU, UMNO dan PAS jika Dasar Pendidikan Negara dan Perlembagaan Persekutuan ‘dizinai’ oleh PN. Apa gunanya PN jika dasar BN dan PH yang sebelum ini kedua-duanya ‘sujud’ kepada Dong Jiao Zong diteruskan juga? Ke mana hilangnya slogan Parti Melayu-Islam, adakah ia juga satu retorik untuk memenangi hati orang Melayu?
 
5. Agak menghairankan dan pelik, mengapa kerajaan PN mahu mengiktirafkan UEC, sama seperti kerajaan terdahulu BN dan PH. Malah kita sedia maklum kerana isu UEC orang Melayu pernah turun protes dengan berkumpul di Padang Kelab Sultan Sulaiman hingga tercetusnya gelombang kebangkitan orang Melayu selepas tumbangnya BN dan akibatnya bertalu-talu PH dihujani dengan berbagai terjahan daripada semangat baru orang Melayu.
 
6. Kita ingin bertanya adakah PN merasakan mereka kebal malah lebih gagah daripada kerajaan-kerajaan sebelumnya, BN dan PH yang sebelum tumbang sedikit sebanyak kerana faktor isu UEC ini?
 
Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts