SIASAT LIM GUAN ENG ‘DARI A-Z’, BARU ADIL

1.6k
SHARES
9.4k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Saya ingin bertanya kepada SPRM, sudahkah akaun dan aset Lim Guan Eng dibekukan? Takut sumbernya dari wang RM3.3 juta itu.

Sarawak Report dakwa RM3.3 juta itu kecil sangat. Kecilpun kecillah. Pokoknya rasuah. Rasuah tetap jenayah. Mana tahu ada yang lain pula.

Saya juga ingin bertanya kepada LHDN, sudahkah siasatan terhadap aset dan modal Lim Guan Eng dibuat. Elok disiasat mulai tahun 2008.

Jangan lupa siasat juga Tony Pua. Dia ‘operator utama’ semasa Guan Eng berkuasa di MOF. Dia tekan LHDN supaya pemimpin UMNO disiasat habis-habisan.

Sekarang giliran kamu.

Saya juga ingin bertanya kepada PDRM, bila lagi nak serbu rumah Guan Eng? Sita semua beg tangan milik Betty, takut ada kaitan dengan wang RM3.3 juta.

Kalau Najib boleh didakwa kononnya meminda deraf awal laporan 1MDB, maka bila Lim Guan Eng akan disiasat kerana meminda keputusan pembekuan akaun TS Lim Soon Peng? 

Surat Tommy Thomas kepada Guan Eng bertajuk “Application to Release The Frozen Accounts of YBhg. Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng” sebagai bukti kukuh campur tangan tersebut.

Surat pemakluman itu mendedahkan Lim Guan Eng membuat ‘minit’ kepada Tommy Thomas bertarikh 19 Febuari 2019 supaya akaun Tan Seri tersebut dinyahbekukan.

Semua itu membuktikan zaman PH ada campur tangan politik, balas dendam dan pelepasan politik.

Guan Eng wajar terima pembalasan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts