KENYATAAN ASRI MENGENAI SOLAT POLIS DAN TENTERA KETERLALUAN, NAMUN JANGAN LUPA ISU ‘PANDEMIK WARGA ASING’

41
SHARES
457
VIEWS

Tular pula Video Mohd Asri Hamid, pengasas rangkaian Hot Burger seolah-olah mempertikai ibadat polis dan tentera secara agak keterlaluan, yang tidak sepatutnya beliau lakukan.

Tindakan beliau ini membuka ruang dihentam oleh pelbagai pihak, terutama mereka yang terlibat sedang ‘kepanasan’ apabila pendedahan Asri sebelum ini menjadi viral dan mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turut meninjau lokasi yang didedahkan. 

Asri juga telah meminta maaf tetapi “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” yang kini menjadi pengajaran pahit buat beliau.

Beliau sepatutnya berfikir dahulu pelbagai sensitiviti sebelum mengeluarkan kenyataan, apatah lagi kini beliau menjadi tumpuan semua pihak sama ada yang suka atau mereka yang sentiasa mencari peluang ‘mengenakan’ beliau.

Sungguhpun begitu, di sebalik kesilapan Azri tersebut, pihak berkuasa juga telah ‘menggempur’ habis-habisan Bandar Baru Sungai Buloh namun perlu diingat, masalah ini bukan hanya berlaku setempat tetapi seluruh Sungai Buloh yang penuh dengan pendatang yang berniaga dan menjadi tauke perlu ‘dibersihkan’.

Bukan hanya rokok seludup peniaga Aceh, malah banyak lagi kedai runcit mereka yang entah datang secara sah entah PATI namun berniaga secara terbuka. Termasuk Bangla berniaga perabot terpakai dan kedai ‘tinted‘ cermin kereta, Paki berniaga karpet dan kedai membaiki peralatan elektrik.

Rujuk; https://www.editormalaysia.com/15683/

Ini bukan masalah Sungai Buloh, tetapi masalah yang berlaku di seluruh negara. Seperti kisah di Pasar Borong Selayang sudah cukup  lama dibiarkan, sehingga ada warga Rohingya  yang berani ‘menuntut’ kawasan Selayang diberikan kepada mereka.

Di sekitar Jalan Silang dan Puduraya bermula daripada kawasan Dataran Merdeka, deretan peniaga asing Bangla membuka kedai menjual pelbagai barangan, malah media telah  lelah mendedahkan kawasan ini namun masih wujud sehingga ke hari ini.

Rujuk; https://www.editormalaysia.com/1527/

Kemudian tinjau sahaja di Kompleks Campbell Kuala Lumpur, banyak kedai dijadikan stor oleh Paki untuk menyimpan pakaian dan kain jualan mereka yang menyusahkan rakyat tempatan mencari kedai murah untuk disewa.

Sedangkan di Kompleks Campbell tersebut menjadi tumpuan anak muda  Melayu berniaga, ada yang menjual barangan kulit dan ‘vintage’, bundle terpilih, muzik termasuk ‘underground‘ – dikeluarkan dengan usaha sendiri, di mana kadang kala mereka mengadakan karnival jualan sesama mereka dan yang datang membeli datang dari seluruh pelusuk negara.

Perniagaan ‘rare‘ dan berseni mereka ini sepatutnya digalakkan oleh kerajaan agar semakin ramai berniaga dan akan menjadi ikon negara tetapi direncatkan oleh peniaga Paki yang menyewa sebahagian besar lot-lot kedai di sana. 

Persoalan besar yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, kenapa warga asing dibenarkan berniaga secara berleluasa dan besar-besaran sehingga tidak terkawal sejak sekian lama?

Pasti ada dalam kalangan mereka yang berstatus PATI seperti yang berlaku dalam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh, yang perlu dibanteras segera.

Selain pandemik Covid-19, Malaysia juga dilanda ‘pandemik warga asing’. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan