• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Monday, January 18, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ISU KEMASUKAN LULUSAN UEC KE IPG: KENAPA KERAJAAN ‘BERGANTUNG’ KEPADA DONG ZONG?

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
August 12, 2020
in Ulasan, Utama
0
ISU KEMASUKAN LULUSAN UEC KE IPG: KENAPA KERAJAAN ‘BERGANTUNG’ KEPADA DONG ZONG?
107
SHARES
1.2k
VIEWS

Menteri Pendidikan mengatakan bahawa graduan sijil swasta UEC milik Dong Zong telah diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai memenuhi keperluan bidang pengkhususan Bahasa Cina di sekolah vernakular SJKC.

Beliau menjelaskan bahawa sejak tahun 2011 lagi program ini telah berjalan dan diteruskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Maka timbul persoalan di sini, adakah Kementerian Pendidikan mahu mengatakan bahawa mereka tidak boleh menarik balik atau sekurang-kurangnya menghentikan program ini?

Adakah kerajaan ‘tidak boleh sentuh’ apa-apa keistimewaan yang telah diberikan kepada sijil UEC ini? Saya risau jika ini adalah langkah dan peringkat awal ke arah pengiktirafan UEC kerana kita tahu Dong Zong dan konco-konco politik mereka sangat licik mengatur strategi dan melobi.

Satu persoalan yang lebih besar lagi, jika kerajaan benar-benar ‘terpaksa’ menerima graduan UEC hanya untuk ke program perguruan Bahasa Cina ketika itu (2011) kerana kekurangan kepakaran, maka takkan sehingga sekarang kerajaan mahu ‘berhutang jasa’ dan bergantung kepada Dong Zong dalam menyediakan tenaga guru bahasa Cina?

Mustahil kerajaan tidak mampu membangunkan sebuah program atau institut bahasa Cina milik kerajaan untuk kemasukan ke program perguruan PISMP kerana saya yakin ramai pelajar atau lepasan sekolah aliran kebangsaan yang mahu belajar bahasa Cina. Maka, kerajaan perlu ‘merdeka’ dari bergantung kepada Dong Zong yang pasti ‘jasa-jasa’ yang mereka taburkan bukanlah percuma atau ‘amal jariah’ sahaja.

Saya merayu kepada kerajaan agar tutup segala pintu yang membolehkan UEC ini diiktiraf. Ingatlah sejarah, bahawa betapa kerasnya Dong Zong menentang falsafah dan sistem pendidikan kebangsaan sejak dahulu lagi. Takkan sekarang kerajaan Malaysia dengan muka yang tidak malunya mahu menagih dari mereka? Memalukan!

Apa yang lebih memalukan ialah, Dong Zong tidak perlu ada dalam Parlimenpun untuk melaksanakan agenda mereka.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

12 Ogos 2020

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4230920996980111&id=450309788374603

Sumber:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/graduan-uec-diterima-masuk-ipg-khusus-bahasa-cina-di-sjkc-radzi-jidin-254756

Tags: Aminuddin YahayaDong ZongISMARadzi Md. JidinUEC
Previous Post

SIASAT TUN MAHATHIR, LIM GUAN ENG DAN TOMMY THOMAS – PAS

Next Post

MAHATHIR DAN ‘PEJUANG’

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

PENGISYTIHARAN DARURAT: MENJUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

PENGISYTIHARAN DARURAT: MENJUNJUNG TITAH YANG DI-PERTUAN AGONG

January 12, 2021
PDRM DAN MENTERI KDN HARUS JAWAB KENYATAAN KEKESALAN KELUARGA ALLAHYARHAM ADIB

PDRM DAN MENTERI KDN HARUS JAWAB KENYATAAN KEKESALAN KELUARGA ALLAHYARHAM ADIB

November 29, 2020
PEMBELA JUNJUNG TITAH YDP AGONG: HENTIKAN POLITIKING, UTAMAKAN KESEJAHTERAAN NEGARA DAN RAKYAT

PEMBELA JUNJUNG TITAH YDP AGONG: HENTIKAN POLITIKING, UTAMAKAN KESEJAHTERAAN NEGARA DAN RAKYAT

November 24, 2020
PEMBELA SAMBUT BAIK INISIATIF GARIS PANDUAN PENJUALAN ARAK DBKL, NAMUN MENUNTUT PENJELASAN LANJUT

PEMBELA SAMBUT BAIK INISIATIF GARIS PANDUAN PENJUALAN ARAK DBKL, NAMUN MENUNTUT PENJELASAN LANJUT

November 23, 2020
GPMS SOKONG PENUH SIARAN PROGRAM DIDIKTV@NTV7

GPMS SOKONG PENUH SIARAN PROGRAM DIDIKTV@NTV7

November 19, 2020
PEMBELA MENYOKONG KEBIJAKSANAAN YDP AGONG DALAM MENYELESAI ISU CADANGAN DARURAT

PEMBELA MENYOKONG KEBIJAKSANAAN YDP AGONG DALAM MENYELESAI ISU CADANGAN DARURAT

October 25, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In