KEDUDUKAN POLITIK NEGERI SELANGOR – MENANG ATAU TUMBANG?

772
SHARES
4.5k
VIEWS

1. Dengan kedudukan politik negara semakin panas, kita tidak dapat lari dari memberi ulasan kepada kedudukan politik UMNO, BN, PAS, MN dan PN di negeri Selangor.

2. Negara akan berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil di Slim, Perak dan Pilihan Raya Negeri Sabah dalam waktu terdekat menjadikan suhu politik negara berada di tahap paling kritikal.

3. Selangor sebuah negeri paling maju, mix-pengundi dan negeri emas parti PKR.

4. Negeri di mana pertembungan akan berlaku antara pengaruh Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali.

5. Pada PRU ke-14, UMNO bertanding di 9 kerusi Parlimen. MCA bertanding 8 kerusi. MIC 4 kerusi dan Gerakan 1 kerusi.

6. UMNO hanya menang 2 kerusi. Iaitu di Tg. Karang dan Sabak Bernam. Kedua-kedua kerusi tradisi dan kubu kuat UMNO.

7. Ahli Parlimen Sabak Bernam lompat kepada BERSATU. Maka UMNO tinggal 1 Ahli Parlimen, iaitu Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

8. PRU-14, UMNO bertanding di 9 kerusi Parlimen iaitu;

Sabak Bernam.

Sg. Besar.

Tg. Karang.

Kuala Selangor.

Gombak.

Hulu Langat.

Shah Alam.

Kuala Langat.

Sepang.

9. Yang sudah pasti, UMNO mahukan kerusi Parlimen Sabak Bernam untuk Ketua Penerangan UMNO Selangor, Dato Rahman Bakri.

10. Ini kerusi kubu kuat UMNO selain daripada Tg. Karang, milik Noh Omar.

11. Sudah tidak menjadi rahsia lagi, Rina (BERSATU), mahu kembali ke Sepang.

12. Tidak menghairankan sekiranya UMNO dan BERSATU, bertukar kerusi ini (swap seat).

13. Kedudukan terkini kerusi-kerusi Parlimen negeri Selangor buat masa ini;

14. BERSATU ada 2 kerusi, iaitu Sabak Bernam (lompat) dan Sg. Besar (Timbalan Menteri Pelajaran).

15. Blok Azmin Ali ada 2 kerusi iaitu di Ampang – Zuraida dan Azmin di Gombak.

16. Parti Amanah ada 5 kerusi iaitu di Kuala Selangor, Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja dan Sepang.

17. Kerusi Parlimen Selayang, Pandan, Subang, Petaling Jaya, Sg. Buloh, Kapar dan Kuala Langat milik PKR. 7 kerusi PKR – pro kepada Anwar Ibrahim.

18. Lain-lain kerusi milik Parti DAP.

19. Parti PAS mahukan kerusi-kerusi AMANAH iaitu Kuala Selangor, Hulu Langat dan kerusi PKR di Kapar.

20. PAS geram dan mahu rampas kerusi Dr. Zulkifly di Kuala Selangor dan Ustaz Hasanuddin di Parlimen Hulu Langat.

21. PAS kurang yakin boleh menang di Kota Raja. Populariti dan pengaruh Mat Sabu terlalu besar di Kota Raja.

22. Parlimen Shah Alam juga sukar untuk dicabar. Selain daripada tidak mempunyai calon yang hebat untuk berdepan dengan Khalid Samad yang angkuh.

23. Apapun kedudukan ketika PRU-14, BN (UMNO) 2 kerusi Parlimen vs. PH yang memiliki 20 kerusi Parlimen (sebelum Kerajaan PH tumbang).

24. Kekuatan PH di Selangor menyebabkan mereka berupaya memenangi 20 kerusi Parlimen dan 51 kerusi DUN daripada 56 kerusi.

25. Terkini, PN, MN dan blok Azmin Ali hanya ada 5 kerusi Parlimen di Negeri Selangor iaitu;

Tg. Karang.

Sabak Bernam.

Sg. Besar.

Gombak.

Ampang.

26. Untuk kekalkan Kerajaan PM TSMY, Tan Sri Noh Omar, Azmin Ali dan kepimpinan PAS Selangor perlu deliver sekurang-kurangnya 14 kerusi Parlimen daripada 22 yang akan dipertandingkan.

27. A gain of 9 seats. Mesti rampas semula 9 kerusi Parlimen.

28. Tanpa memperlihatkan strategi parti, UMNO, BN, PAS, BERSATU dan kumpulan Azmin kelihatan perlu deliver kerusi-kerusi Parlimen seperti berikut;

SABAK BERNAM.

TG. KARANG.

KUALA SELANGOR.

SG. BULOH.

KUALA LANGAT.

HULU SELANGOR.

SELAYANG.

HULU LANGAT.

SHAH ALAM.

SG. BESAR.

SEPANG.

GOMBAK.

AMPANG.

KAPAR.

29. Sekiranya usaha ini berjaya dilakukan, menang 14 kerusi Parlimen daripada 22 kerusi, Noh Omar dan Azmin layak dipertimbangkan untuk kembali ke Kabinet PM TS Muhyiddin Yassin, In sya Allah.

30. Apapun, pertembungan yang sengit akan berlaku di Selangor dan negeri Selangor merupakan satu negeri yang amat penting untuk PN dan MN merampas semula kerusi-kerusi yang kalah pada PRU-14.

31. UMNO, BN, PAS, BERSATU dan kumpulan Azmin Ali perlu berunding sebaik mungkin isu pengagihan kerusi-kerusi Parlimen ini. Agar akan berlaku satu lawan satu, yang akan memberi kelebihan kepada MN dan PN. Semua pihak perlu bertolak ansur, berkorban dan berjiwa besar dalam hal ini, bagi memastikan kemenangan di PRU-15 nanti.

Salam. 

DSBA

11 Ogos 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts