TERBONGKAR PENGUATKUASA MBSA ‘DISUAP’ TAUKE JUDI DAN PENIAGA PATI ACEH

726
SHARES
4.3k
VIEWS

Di sebalik cubaan menidakkan dakwaan pemilik Hot Burger Mohd Asri Hamid, hari ini tiga orang penguatkuasa Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) ditahan, dua daripadanya bertugas di MBSA Sungai Buloh dan satu di Shah Alam.

Sebelum ini pihak Majlis Bandaran Shah Alam melalui Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, seolah-olah ingin menyalahkan Asri apabila berkata pihaknya telah memberi teguran dan nasihat tetapi kononnya tidak diendahkan.

Rujuk; https://editormalaysia.com/16220/

Jelas apa yang diadukan sebelum ini berlaku seperti yang didakwa dan sehingga semalam, Asri telah berjumpa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang turut meninjau di kawasan yang diadukan tetapi Asri berkata belum ada pihak MBSA yang menghubunginya.

Jelas tuduhan netizen bahawa MBSA seolah-olah ingin menyorokkan sesuatu, kini telah terbongkar apabila 3 penguatkuasanya sendiri ditangkap.

SPRM turut menahan peniaga rokok seludup bangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut.

Bayangkan sudah berapa tahun beliau berniaga rupa-rupanya PATI! Bagaimana Aceh yang lain yang banyak membuka kedai-kedai runcit di seluruh negara? Bila semuanya hendak diserbu segera? 

Selain itu dengan tangkapan ini juga sekaligus menidakkan dakwaan Ketua Polis Sungai Buloh yang mengatakan bahawa Asri membuat fitnah dan tohmahan. 

Masyarakat mengharapkan bukan hanya Sungai Buloh ‘dibersihkan’ tetapi seluruh negara yang menghadapi masalah serupa sejak sekian lama, termasuk pihak berkuasa yang selama ini melindungi premis judi dan peniaga warga asing termasuk PATI, dengan mengambil upah bulanan.

Perbuatan keji ini wajib dihapuskan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts