NAJIB PERSOAL KENAPA BARU KINI DAP ‘TAKUT’ DENGAN DOKUMEN YANG TELAH LAMA TERDEDAH?

837
SHARES
9.3k
VIEWS

Dalam siaran terkini di laman Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau mempersoal tindakan DAP membuat laporan polis terhadapnya yang menyiarkan beberapa dokumen mengenai syarikat terowong yang kini sedang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

ADUN Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit membuat laporan polis ke atas Najib berhubung keadaan kewangan kritikal syarikat terowong bagi tahun 2011 dan 2012 ketika projek bernilai RM6.34 bilion dianugerahkan kepada syarikat tersebut, dengan alasan kes tersebut sedang berjalan di mahkamah dan mungkin menjadi bukti penting dalam perbicaraan Guan Eng.

Najib mempertikai kewajaran laporan polis tersebut kerana dokumen mengenai  laporan tahunan kewangan syarikat adalah dokumen awam yang boleh didapati dengan mudah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Najib juga menjelaskan bahawa beliau sudah lama membuat pendedahan mengenai dokumen tersebut dan juga telah dibongkar oleh Barisan Nasional sejak tahun 2017.

Justeru Najib persoal kenapa baru sekarang DAP takut dengan pendedahan dokumen-dokumen ini? 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan