KPN BERTEMU ASRI, PEMILIK HOT BURGER

491
SHARES
2.9k
VIEWS

Pemilik Hot Burger yang tular sejak kelmarin iaitu Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut hari ini bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman. 

Beliau bertemu Hamid Bador jam 3 petang tadi susulan pendedahan beliau mengenai premis perjudian dan penjualan rokok haram yang diseludup  dan dijual di kedai-kedai Acheh di Bandar Baru Sungai Buloh.

Beliau dikatakan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Apa yang menjengkelkan, dalam sidang media yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar beliau bukan sahaja menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM, malah laporan polis turut dibuat oleh Ketua Balai Sungai Buloh terhadap Asri.
Pihak Majlis Bandaran Shah Alam melalui Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, juga seolah-olah ingin menyalahkan Asri apabila berkata pihaknya telah memberi teguran dan nasihat tetapi kononnya tidak diendahkan.
Tetapi jika benar, kenapa peniaga Acheh yang bukan warganegara Malaysia boleh berleluasa berniaga rokok seludup tanpa dikenakan apa-apa tindakan? Kenapa peniaga-peniaga lain yang berniaga atas tapak parking kereta tidak pula diserbu seperti Asri? Termasuk kedai mesin judi yang beroperasi dan di bawah tanggungjawab MBSA, kenapa masih wujud sehingga kini?
Jika peniaga seperti Asri diberi nasihat dan amaran, bagaimana dengan peniaga Acheh, tauke mesin judi dan peniaga lain yang lebih teruk mengambil kotak parking kereta untuk berniaga, kenapa boleh lepas berbanding Hot Burger yang berniaga di atas kaki lima dan tidak mengganggu lalu lintas?
Namun kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga nampaknya ‘berminat’ dengan kes ini, sama-sama tunggu perkembangannya, sama ada hanya ‘gah’ sehari dua ini ataupun benar-benar akan dibanteras sepenuhnya.
Jika tidak, rakyat satu Malaysia wajar membuat video seperti Asri untuk membuktikan kepincangan penguatkuasaan yang berlaku di setiap kawasan masing-masing kerana isu rokok seludup, premis judi dan peniaga asing berleluasa ini bukan hanya berlaku di Bandar Baru Sungai Buloh malah di seluruh negara. 
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts