ISU PENULARAN VIDEO HOT BURGER: BERTINDAKLAH DENGAN PENUH INTEGRITI

61
SHARES
682
VIEWS

Pendedahan video yang tular sebelum ini telah menggemparkan seluruh negara khususnya negeri Selangor. Kita mengharapkan pendedahan ini mendapat perhatian semua pihak demi keharmonian dan keadilan dalam negeri Selangor yang tercinta.

Perkara ini melibatkan pendedahan yang melibatkan pelanggaran intergriti yang menjadi asas kepada perjalanan sesebuah institusi penguatkuasaan dalam negeri dan negara kita. Dengan pemakluman pihak PDRM telah membuka kertas siasatan, saya mengharapkan kebenaran ataupun fitnah ia mesti dilakukan melalui siasatan di semua peringkat tanpa ada sebarang campur tangan mereka yang berkepentingan.

Keluhurun Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjadi rukun negara kita haruslah dihormati dan kita junjung bersama.

Saya bersama seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Selangor tidak sama sekali bersetuju dengan perjalanan mesin kuda dan perjudian yang merosakkan institusi masyarakat dalam negeri Selangor tercinta.

Begitu juga dengan isu integriti yang melibatkan anggota penguatkuasaan. Rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada seluruh anggota untuk menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat dan saya cukup yakin perkara ini mendapat perhatian sepenuhnya oleh PDRM dan MBSA.

Janganlah jadikan isu ini sebagai isu rakyat berlawan dengan anggota keselamatan dan penguatkuasa, perlu diingat kedua-duanya adalah komponen penting dalam negara kita, berpisah tiada.

Berikan ruang siasatan sepenuhnya di semua peringkat. In sya Allah kebenaran pasti tertegak untuk mereka yang benar.

Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Isu penularan video Hot Burger bertindaklah dengan penuh integritiPendedahan video yang tular sebelum ini telah…

Posted by Dewan Pemuda PAS Selangor on Sunday, August 9, 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan