PERJUANGAN PARTI BERASASKAN SEMANGAT, BUKAN DUIT – MAHATHIR

154
SHARES
1.7k
VIEWS

DR. MAHATHIR MOHAMAD KATA:

1. Perjuangan parti baru beliau berasaskan semangat bukan duit.

2. Asas perjuangan mereka, masih dengan menghapuskan rasuah dan kleptokrasi.

PERSOALANNYA:

3. Dr. Mahathir – 22 tahun dan 22 bulan jadi Perdana Menteri, 3 anaknya jadi bilionair.

4. Kemungkinan besar, Dr. Mahathir tidak membantu anak-anaknya jadi bilionair.

5. Kemungkinan besar keluarga Dr. Mahathir, bukan keluarga kleptokrasi.

6. Kemungkinan besar, anak-anak Dr. Mahathir ada inovasi seperti Bill Gates, Steve Job, Jack Ma atau pemilik Google.

PERSOALAN KEDUA:

7. Memandangkan ‘success story’ keluarga Dr. Mahathir ini amat hebat:

Bapa jadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kali kedua selama 22 bulan, pada umur 92 tahun.

8. Rakyat minta Dr. Mahathir dan anak-anaknya yang bilionair menyenaraikan:

(i). Jenis-jenis perniagaan yang mereka ceburi yang menyebabkan mereka kaya-raya:

(ii). Aset-aset yang mereka ada di dalam dan luar negara, yang menyebabkan mereka 3 beranak kaya raya dan

(iii). Jumlah wang tunai dalam ringgit dan mata wang asing, supaya tercatit mereka ini sungguh-sungguh kaya dan berada di tangga ke berapa – Senarai Orang Melayu Terkaya di Malaysia.

9. Sekiranya ini semua dapat di pamerkan atau declare (umum), maka rakyat akan berpuas hati, Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan tidak menyalah gunakan kuasa beliau untuk membantu mana-mana anak menjadi bilionair.

BARULAH SESUAI:

10. Parti baru Dr. Mahathir, yang akan diterajui oleh Mukhriz Mahathir, satu parti yang berjuang menghapuskan rasuah dan kleptokrasi.

11. Kerana kekayaan Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz Mahathir, bukan kerana rasuah atau kleptokrasi.

12. Sekiranya ini tidak diumumkan, rakyat akan terus buruk sangka bahawa kekayaan Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz ini…

ADALAH ATAS PERTOLONGAN BAPA MEREKA YANG KLEPTOKRASI.

Salam.

DSBA 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan