SOKONGAN AKAR UMBI SEMAKIN LEMAH, ADAKAH BERSATU MASIH MAHU TUNTUT BANYAK KERUSI?

619
SHARES
3.6k
VIEWS

Selepas Kuala Selangor, terkini Bahagian Klang pula bertindak bubar bahagian dan ahli-ahlinya bertindak keluar parti serta merta. 

Pembubaran tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan dua masalah dalam Bersatu ketika ini iaitu;

1. Kononnya kerana keahlian Bersatu Tun Mahathir dan lima yang lain ‘terhenti serta merta’, yang disifatkan akar umbi sebagai pemecatan daripada parti

2. Tun Mahathir menubuhkan parti baharu bersama anaknya Datuk Seri Mukhriz yang dilantik sebagai Presiden 

Selain itu, kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan juga dijadikan alasan pembubaran dan hampir 3000 ahli Bersatu Bahagian Klang bertindak keluar parti serta merta. 

Justeru kelihatan Bersatu semakin lemah apatah lagi Ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk Bersatu dan diberi jawatan dalam parti serta kabinet seperti Datuk Seri Hamzah Zainudin, juga dilihat menjadi penyebab akar umbi Bersatu tidak berpuas hati dan bertindak sedemikian. 

Muhyiddin perlu hentikan ‘trend‘ keluar parti yang tidak berkesudahan ini termasuk beberapa ADUN mereka di Selangor seperti ADUN Jeram yang juga Ketua Bahagian Kuala Selangor, Mohd Shaid Rosli (yang sebelum ini terkenal kerana mencadangkan penanaman ganja).

Jika tidak, janganlah beriya ‘demand‘ banyak kerusi daripada Muafakat Nasional dalam keadaan sokongan akar umbi sendiripun lemah.

Berbanding UMNO dan PAS, kekuatan hakiki mereka terletak pada sokongan akar umbi masing-masing. 

Jika diberi banyak kerusi sekalipun kepada Bersatu untuk bertanding di PRU-15, dikhuatiri mereka yang menang kelak akan melompat masuk ke parti Mahathir dan Pakatan Harapan, kerana menjadi ‘Trojan Horse’ yang amat merugikan Muafakat Nasional kelak.

Rujuk; https://editormalaysia.com/16176/

Dijangkakan selepas ini beberapa individu penting lagi akan bertindak keluar parti yang akan melemahkan Bersatu jika Muhyiddin tidak melakukan sesuatu dengan segera kerana sekitar 80 peratus daripada 22 bahagian Bersatu di negeri Selangor dijangka meninggalkan parti itu bermula hari ini.

UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional perlu berhati-hati dalam hal  pembahagian kerusi ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts