APABILA LIM GUAN ENG DITUDUH RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA

1.8k
SHARES
10.8k
VIEWS

1. Anwar Ibrahim kata ini kelihatan seperti satu tuduhan bermotifkan politik.

2. Anwar kata, tuduhan ini bertujuan memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin dan parti pembangkang.

3. Dr. Mahathir juga kata, kes rasuah Guan Eng, bermotif politik.

PERSOALANNYA:

4. Macam mana pula kes rasuah seumpama ini, yang melibatkan satu projek pembangunan kerajaan Pulau Pinang yang bernilai berbillion ringgit, dikatakan pendakwaan politik. 

5. Kita tunggulah kes ini di mahkamah.

6. Kalau Guan Eng tidak bersalah, keluarkanlah bukti-bukti yang nyata.

7. Kalau isteri Guan Eng, Betty tidak bersalah atas tuduhan AMLA (pengubahan wang haram) – Betty, Guan Eng, Uncle Lim dan parti DAP tidak perlu takut.

8. Anwar Ibrahim yang pernah 2 kali di dapati bersalah di dalam kes seks songsang, tidak perlulah terlalu taksub mempertahankan rakan seperjuangan di dalam Pakatan Harapan.

9. Sebaiknya, jom kita puji dan ucapkan tahniah kepada SPRM kerana berani mengambil tindakan terhadap bekas Menteri Kewangan – setelah ada bukti-bukti yang kukuh.

10. Tahniah juga kepada Peguam Negara yang baru.

11. Berani mengambil tindakan memberi izin kepada SPRM menangkap dan menuduh Guan Eng dan Betty.

12. SPRM tidak pilih kasih di dalam soal ini.

13. Kepada Guan Eng…

14. Ruang di mahkamah ada seluas-luasnya, untuk anda membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

15. Bahawa anda tidak mengamalkan rasuah.

16. Serta anda tidak mengamalkan penyalahgunaan kuasa.

17. Sekiranya Lim Guan Eng nanti didapati tidak bersalah di dalam kes ini, 

18. Pasti, parti DAP boleh secara meluas DECLARE (umum), bahawa DAP merupakan parti yang benar-benar melawan amalan rasuah di negara ini.

Salam.

DSBA 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts