ADA APA DENGAN RM10?

165
SHARES
1.8k
VIEWS

1. Bagi rakyat biasa yang pekerjaannya juga biasa-biasa sahaja, jumlah RM10 atau sepuluh ringgit ini agak besar kerana boleh digunakan untuk membeli keperluan harian walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana pada hari ini

2. Bagi mereka yang di peringkat menengah, RM10 ini tidak kisah untuk dikeluarkan bagi membelanja rakan-rakan minum di kedai kopi atau digunakan di kedai dobi layan diri

3. Bagi golongan senang atau selesa pula, RM10 ini tidak dikisahkan sangat kerana duit merekapun banyak dan mungkin tidak perasanpun jika hilang beberapa keping not RM10 daripada poketnya

4. Bagi golongan ‘super kaya’ pula, jumlah RM10 ini langsung tidak bererti apa-apa dan usahkan hilang beberapa keping RM10, malah hilang beberapa keping not RM100 daripada dompet kulitnya yang berharga ribuan ringgit itupun beliau tidak akan perasan

5. Bagi yang meminta suapan 10 peratus daripada projek Terowong Dasar Laut, jumlah RM10 ini amat bernilai, malah lebih bernilai buat mereka berbanding rakyat biasa, walaupun jumlah 10 peratus sebagai habuannya itu bernilai jutaan ringgit

6. Nilai RM10 bagi individu yang meminta suapan ini melonjak sebegitu tinggi daripada nilai sebenar adalah kerana bagi mereka di situlah terletaknya integriti, air muka, keikhlasan, ‘innocent‘, tidak bersalah, naif dan lain-lain yang mudah disebut sebagai ‘lambang kesucian’

7. Melalui RM10, mereka memanipulasi penyokong-penyokong dan peminat tegar mereka yang akan sanggup mengeluarkan bukan sahaja sekeping not RM10 tetapi berkeping-keping sehingga mungkin mencecah ratusan atau ribuan ringgit seorang atas nama ‘solidariti’ untuk ‘disedekahkan’ – tidak kira di tahap manapun beliau berada, sama ada golongan rakyat yang biasa-biasa, golongan selesa, golongan kaya ataupun golongan ‘super kaya’ 

8. RM10 ini buat peminta suapan 10 peratus ini hanyalah simbolik, sebagai ‘lambang kesucian’ mereka walaupun sebenarnya mereka hidup selesa, senang, kaya ataupun ‘super kaya’ dan mempunyai banglo bernilai jutaan ringgit – tanpa kolam renang

9. Penyokong dan peminat tegar mereka yang ‘didungukan’ akan sanggup mengeluarkan ‘sedekah’ tersebut kerana simbolik ‘lambang kesucian’ peminta suapan 10 peratus

10. ‘Kedunguan’ mereka itu telahpun dibuktikan melalui Tabung Pakatan Harapan jadi tidak menjadi masalah jika mereka berterusan hendak mengeluarkan ‘sedekah’ RM10 yang diminta ini kononnya sebagai solidariti dan simbolik kepada lambang kesucian si peminta suapan 10 peratus tersebut

Itulah nilai RM10, bagi sesetengah orang ia mungkin tiada apa-apa namun bagi sesetengah yang lain pula, ia sangat bermakna. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan