KLUSTER SIVAGANGGA KEMUNGKINAN ‘SUPER SPREADER’, KERAJAAN WAJAR BATALKAN PR BELIAU

693
SHARES
4.1k
VIEWS

Berikutan dengan kepantasan kluster baharu yang dikenali Kluster Sivagangga merebak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengkaji kemungkinan negara berdepan kuster genome 614 (G614) iaitu kluster ‘super spreader‘.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan Kluster PUI Sivagangga merebak dengan pantas sejak ia mulai dikesan, berbanding dengan sembilan kluster lain di Sarawak.

Kajian sedang dijalankan sama ada kita sedang berdepan kluster genome 614 (G614) iaitu kluster ‘super spreader’ yang dimaklumkan KKM dari Mesir dan Pakistan.” 

“Besar kemungkinan ini mungkin satu kluster ‘super spreader’ tetapi kita perlu menjalankan kajian teliti. Kita akan kulturkan virus itu di makmal dan lihat kepada jujukan genom virus yang menjangkiti Kluster PUI Sivagangga.

Apa yang lebih menyakitkan hati, Kluster Sivagangga bermula daripada seorang pemastautin tetap (PR) yang juga pemilik sebuah restoran nasi kandar di pekan Napoh, Jitra pulang ke Malaysia dari kampungnya di Sivagangga di India pada 13 Julai dan saringan Covid-19 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati negatif – yang engkar kuarantin 14 hari di rumah seperti orang lain yang balik dari luar negara. 

Rujuk; https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/607286/3-positif-dari-kluster-sivagangga

Kerajaan patut batalkan PR beliau dan selepas ini jangan sesekali berikan PR atau kerakyatan serta kemudahan kepada ‘orang luar’ begini yang akhirnya menyusahkan negara kembali.

Sudahlah bukan warganegara, malah tidak mengikut undang-undang negara yang memberi peluang beliau mencari rezeki sehingga boleh membuka restoran nasi kandar, menunjukkan individu sebegini jangan ‘diberi muka’. 

Kerajaan patut bertegas, sudah berkali-kali warga asing menyusahkan kerajaan termasuk kali ini satu negara terpalit masalah akibat keengkaran beliau mematuhi undang-undang.

Ini bukan masalah “benda dah nak jadi”, tetapi ini masalah “bukan warganegara yang engkar undang-undang sesebuah negara.” 

Kerajaan wajar siasat, jika benar laporan beliau bukan warganegara, ambil tindakan paling tegas termasuk batalkan PR dan jangan benarkan lagi masuk ke negara ini, bukan setakat denda seribu ringgit seperti orang lain. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts