MAHATHIR TUBUH PARTI BAHARU LAGI

484
SHARES
2.8k
VIEWS

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah antara individu yang hadir ketika sidang media Tun Mahathir Mohamad mengisytihar parti baharu.

Di sebalik kata-katanya sendiri sebelum ini bahawa terlalu banyak parti menyebabkan perpecahan Melayu, beliau tetap menubuhkan satu lagi parti berteraskan Melayu.

Mahathir berkata parti beliau ini ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip. 

Mengenai “berpegang pada janji” ini boleh diragukan kerana dalam Pakatan Harapan sendiripun beliau tidak menunaikan janji kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan tampuk pimpinan negara sehingga menyebabkan kerajaannya sendiri tumbang. 

Rakyat juga terutamanya penyokong Pakatan Harapan sendiri pasti serik dengan kata-kata Mahathir mengenai “Manifesto bukan kitab suci” – bukti nyata beliau berhelah tidak menunaikan janji sehingga menyebabkan ramai mengutuk Pakatan Harapan kemudiannya.

Jika awal-awal lagi sudah menjadikan ‘janji’ sebagai salah satu teras parti baharu Mahathir ini jelas menunjukkan beliau dan parti baharu ini tidak boleh dipercayai. 

Pengumuman berkenaan dibuat pada satu sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts