KENAPA MENTERI AGAMA KATA AKAN TIMBANG WUJUDKAN JAWATANKUASA PETUGAS KHAS TH HANYA “JIKA ADA KEPERLUAN”?

244
SHARES
2.7k
VIEWS

Pada 15 Julai, Menteri Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata akan meneliti cadangan yang dibawa oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu memorandum mendesak diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat penyelewengan Tabung Haji di bawah Pakatan Harapan.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/600247/amp

Namun pada 5 Ogos di Parlimen, ketika menjawab soalan bekas Menteri Agama Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Zulkifli berkata kerajaan hanya AKAN MENIMBANGKAN PENUBUHAN JAWATANKUASA PETUGAS KHAS yang akan dianggotai oleh beberapa pakar, untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Itupun menurutnya JIKA ADA KEPERLUAN untuk dilaksanakan.

Rujuk; https://m.malaysiakini.com/news/537472

Bukankah SEMEMANGNYA WUJUD KEPERLUAN yang sangat jelas untuk diwujudkan siasatan lengkap dan terperinci? 

Ini yang menimbulkan persoalan kerana polemik Tabung Haji sudah terlalu lama dibiarkan, malah pengurusan tertinggi Tabung Haji yang terlibat menjual pelbagai aset-asetnya termasuk puluhan ribu hektar tanah ladang kelapa sawit anak syarikat Tabung Haji kepada syarikat bukan Islam masih tidak dibuang atau ditukarkan.

Kenapa Zulkifli kelihatan berlengah dan kenapa masih tidak muktamadkan sama ada JAWATANKUASA PETUGAS  KHAS akan dilaksanakan ataupun tidak? Sedangkan isu Tabung Haji ini amat sensitif dan wajar diselesaikan segera, setidak-tidaknya diwujudkan pasukan menyiasat dengan cepat bukan sekadar berkata “jika ada keperluan”. 

Kenapa selepas lima bulan dilantik, beliau masih belum pasti mengenai ‘masa depan’ dan hala tuju yang ingin dibuat mengenai siasatan terhadap Tabung Haji, sedangkan ini antara tugas-tugas wajib yang patut  beliau utamakan sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Agama?

Timbul juga persoalan, kenapa beliau seolah-olah ‘senada’ dengan Pakatan Harapan yang mengelak untuk diadakan RCI?

Rakyatpun ingin tahu benarkah UMNO yang membuatkan Tabung Haji rugi ataupun Pakatan Harapan sendiri yang lakukan di sebalik helah kononnya Tabung Haji mengalami kerugian?

Walaupun helah ini kurang menjadi kerana jika benar ia perlu dijual bagi menampung hutang;

1. Kenapa ia dijual dengan harga yang rendah di bawah harga pasaran sebenar

2. Kenapa pula dijual kepada SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG BUKAN ISLAM?

Ini yang perlu disiasat segera, bukan memberi jawapan yang tidak pasti yang akhirnya merugikan terus Tabung Haji dan ‘penjahat’ sebenar pula  akan terlepas.

Oleh itu saranan dan gesaan Tabung Haji diletakkan di bawah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja agar tiada lagi ahli politik yang mengambil kesempatan apabila kerajaan bertukar, wajar dilaksanakan selepas RCI.

Rujuk “SARANAN TABUNG HAJI DILETAKKAN DI BAWAH YDP AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU” di pautan;

https://www.editormalaysia.com/15820/

Jika tidak, kemelut Tabung Haji pasti akan berterusan dan tidak akan ada jalan penyelesaian. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan