SEMOGA BANYAK LAGI KES-KES DI ZAMAN PH YANG DITARIK BALIK, DITUTUP AKAN DIBONGKARKAN – ASYRAF WAJDI

1k
SHARES
6.1k
VIEWS

Dalam siaran terkini di laman Facebook beliau mengenai penahanan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mencadangkan agar pelbagai kes-kes di bawah kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan yang banyak ditarik balik dan ditutup, kini dapat dibongkarkan kembali.

Ketua Pemuda UMNO tersebut juga menyambut baik penahanan Guan Eng oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang akan didakwa keesokan harinya pada jam 9 pagi di Mahkamah Khas Rasuah di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 16(a) A Akta SPRM 2009.

Guan Eng juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semoga bukan sahaja kes terowong, malah kes pembelian banglo di bawah harga pasaran di mana mahkamah telah memutuskan Guan Eng ‘dilepas dan dibebaskan’ dapat dicari jalan untuk diteruskan.

Selain itu banyak keputusan di bawah Kementerian Kewangan yang diterajuinya dengan penuh kontroversi selama 22 bulan bersama Tony Pua juga dapat dibongkar, disiasat dan didakwa kelak.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, maka jangan dilepaskan mereka yang telah merosakkan negara ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts