BEZA POPULARITI KHAIRY DAN NAJIB

1.5k
SHARES
9k
VIEWS

Datuk Seri Najib Tun Razak kini tiada apa-apa cuma di mata rakyat beliau selama ini banyak membantu dengan menyumbangkan bantuan kepada mereka ketika masih menjawat jawatan Perdana Menteri.

Walaupun ada dalam kalangan rakyat sendiri yang tersilap dalam membuat keputusan untuk tidak mengundi kerajaan Barisan Nasional sebaliknya percayakan pembangkang ketika itu, tetapi natijahnya semua boleh lihat dan rasakan selama 22 bulan Pakatan Harapan memerintah – sehingga mengakibatkan negara di ambang kemelesetan akibat salah tadbir dan mengurus negara serta ramai yang dibuang kerja termasuk pengundi-pengundi Pakatan Harapan sendiri. 

Hutang ditambah, hutang sedia ada  pula tidak dibayar, aset-aset penting dan strategik negara dijual lambak secara lelong. Ke mana hasilnyapun tidak dapat dipastikan. 

Malah bukan sahaja rakyat biasa, Ahli Parlimen termasuk menteri yang suatu ketika dahulu dekat dengan Najibpun tersilap, contohnya seperti YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Menteri Belia dan Sukan ketika Barisan Nasional memerintah.

Sehingga kini beliau masih tidak boleh ‘move on‘ (meminjam kata-kata beliau sendiri) dengan asyik menyalahkan Najib kononnya menggunakan UMNO sebagai ‘perisai’ serta mengheret UMNO dalam kes mahkamahnya.

Selaku menteri yang boleh dikatakan cerdik kerana mendapat pendidikan terkemuka di universiti tersohor luar negara (berbanding Menteri-menteri Pakatan Harapan yang mendapat ‘kelulusan’ daripada universiti tidak wujud), Khairy sepatutnya tidak tersilap, tidak berat sebelah dan kena rajin menyemak fakta.

Tidak kisahlah jika beliau ingin menganggap Najib bersalah di sebalik alasan penghakiman yang ‘terkhilaf’ seperti penerangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tetapi Khairy tentu mempunyai hati nurani dan pemikiran logik, bahawa Najib sedikitpun tidak buat seperti apa yang beliau tuduh atau andaikan. 

Khairy juga pasti tahu Najib tidak seperti pemimpin PKR yang heret rakyat berdemonstrasi sejak 1998 kerana masalah peribadi malah ‘jelajah bossku’ ke seluruh negarapun bukan mengenai kes mahkamah beliau.

Jika ada Khairy boleh dedahkan, bukan menuduh semberono seperti perangai keji Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Untuk dilihat ‘lantang’ ataupun menyukakan hati kerajaan Pakatan Nasional ataupun pihak tertentu sekalipun, Khairy sepatutnya tidak boleh menipu atau memberikan fakta  yang tidak betul. 

Jika Khairy tidak boleh menerima hakikat Najib tetap popular tanpa menggunakan UMNO, berbanding beliau menggunakan platform Menteri Belia dan Sukan untuk muncul popular tetapi gagal dan beliau tetap jauh ‘di bawah’ populariti Najib – Khairy kena reda dan bukannya salahkan orang lain.

Ini kerana kuasa dan kudrat Allah Taala dalam merendahkan dan meninggikan darjat seseorang tanpa disangka-sangka, tidak mampu hendak kita difikirkan.

Ia bukan boleh dibuat-buat dengan berstokin merah ataupun memakai stokin warna lain sebelah serta kerap masuk majalah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts