KJ TIDAK ‘MOVE ON’ LAGI KE?

154
SHARES
1.7k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Dalam temu bual terbaru bersama Astro Awani KJ bangkit lagi perkara sama. Tidak ‘move on‘ juga? Kali ini meleret sampai soal kepimpinan UMNO.

Akar umbi UMNO kritik KJ bukan soal ‘biadap’ atau soal ‘move on‘. Soalnya, kamu bangkit perkara yang tidak berbangkit kononnya Najib mahu mengheret UMNO. Kalau soal move on, Najib tanda tangan SD setuju Muhyiddin jadi PM ke-8. Kalau ikut dendam dan permusuhan, beliau tidak tanda tangan. Tetapi Najib mahu kerajaan ‘move on’ demi rakyat.

Ada Najib hasut KJ dan Ahli Parlimen lain agar jangan tanda tangan? Bila Perikatan Nasional jadi kerajaan, ada Najib minta KJ dan MP UMNO desak Muhyiddin supaya gugur kes beliau? Dan selepas beliau dihukum bersalah ada Najib minta KJ dan MP UMNO ugut Muhyiddin dengan undi tidak percaya? Najib tanda tangan SD kerana ikut keputusan secara berjemaah.

Tidak macam KJ, bila MP UMNO keluar Dewan, dia enggan keluar. Bila kamu kalah bertanding Presiden UMNO, itu bukan bermakna UMNO tolak orang muda tetapi pengundi muda UMNO yang memilih Presidenpun tolak kamu. Terbukti selepas kalah kamu menghilang. Kamu yang tidak move on. Jangan tegak benang basah.

Move on-lah KJ.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan