BENDERA TERBALIK: RESPONS TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MENCURIGAKAN, TIDAK MATANG

50
SHARES
551
VIEWS

Peristiwa bendera terbalik berulang kembali dan berikut merupakan reaksi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon (MCA) yang saya kira sangat tidak profesional, tidak matang dan mencurigakan.

Alasan ‘tidak sengaja’ ini merupakan alasan lapuk yang sama sahaja digunakan pada peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini, termasuk ketika zaman PH memerintah sekalipun. Memang sudah terang lagi bersuluh insiden yang berulang setiap tahun ini, ketika bulan kemerdekaan ini bukan satu kebetulan apatah lagi sesuatu yang tidak disengajakan.

Lebih parah lagi ialah, apabila netizen marah kerana peristiwa ini berlaku di sekolah vernakular Cina, YB Timbalan Menteri bersungguh-sungguh pula mempertahankan seolah-olah itu adalah satu ‘serangan’ terhadap kaum tertentu. Siapa ‘kaum tertentu’ yang dimaksudkan itu? Apa yang beliau risaukan sebenarnya? Kemarahan rakyat terhadap ‘kaum tertentu’ atau ke atas ‘institusi’ sekolah vernakular itu sendiri? Apakah ada sesuatu yang disorokkan?

Kita semakin curiga lagi apabila Datuk Mah Hang Soon sendiri membalas komen netizen, dan menyatakan pekerja sekolah yang memasang bendera secara terbalik itu adalah seorang Melayu. Apa yang beliau cuba buktikan sebenarnya? Tidak kira apa kaumnyapun, yang salah tetap salah.

Anda nilaikanlah sendiri.

Saya sudah banyak kali dilabel rasis apabila mengkritik politikus-politikus MCA, DAP dan GERAKAN tetapi tidak mengapalah. Jika menyatakan kebenaran bagi menyedarkan anak watan, saya terima sahaja tohmahan ini.

Untuk makluman anda, Datuk Mah Hang Soon adalah calon MCA di kerusi majoriti Melayu iaitu di Tanjung Malim. Kerusi ini diberikan oleh BN untuk ditandingi oleh MCA sejak 1958 lagi, iaitu selama 14 kali pilihan raya.

Fikir-fikirkan.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

5 Ogos 2020

Sumber:

Saya dimaklumkan terdapat sebuah sekolah lagi di Johor yang secara tidak sengaja terbalikan Jalur Gemilang . Seperti…

Posted by Dr. Mah Hang Soon on Tuesday, August 4, 2020

Saya dimaklumkan bahawa terdapat sebuah sekolah yang pamerkan Jalur Gemilang secara terbalik, dan telah mengarahkan…

Posted by Dr. Mah Hang Soon on Tuesday, August 4, 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan