BILA KITA KUAT RAMAI AKAN TUMPANG, BILA KITA LEMAH RAMAI AKAN TINGGALKAN

1.1k
SHARES
6.6k
VIEWS

Setelah 22 bulan menjadi pembangkang dan tidak mempunyai apa-apa ‘alat politik’ seperti dahulu, UMNO hanya tinggal kesetiaan akar umbi.

Kita menang banyak PRK kerana sokongan dan gerak kerja akar umbi yang padu. Kekuatan UMNO dibina oleh ahli parti yang setia.

Dalam pembahagian kerusi, aspek ini amatlah perlu ditekankan. Kerjasama dalam Muafakat Nasional adalah keutamaan kita. Itu yang akar umbi mahukan.

Belajar daripada kesilapan lepas. Beri kerusi banyak-banyak pada parti komponenpun akhirnya kalah pada PRU-14 lantas menyebabkan BN kalah. Lebih teruk, mereka meninggalkan gagasan BN dan yang tinggal hanyalah UMNO sahaja.

Ada juga yang lompat parti untuk kepentingan sendiri dan masih lagi berharap untuk bertanding di kerusi UMNO. Jika ‘trend‘ ini masih diteruskan, politik Malaysia tidak akan maju dan selamanya mundur.

Perkara yang perlu kita utamakan ialah kehendak akar umbi, hasrat rakyat dan harapan golongan muda yang dahagakan pembaharuan dan reformasi dalam politik Malaysia. Soal ketelusan, integriti, tadbir urus yang baik dan ekonomi inklusif perlu dijadikan naratif baru dalam politik Malaysia.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

https://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2692154897666803/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts