KENAPA KHALID SAMAD TUDUH KETUANAN MELAYU SEPERTI FAHAMAN ZIONIS, NAZI DAN WHITE SUPREMACY?

40
SHARES
442
VIEWS

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba Khalid membuat kenyataan sebegini. Biasanya apabila duduk saja-saja sambil bosan-bosan semasa cuti, dan membuat luahan sebegini datang dari suatu perasaan dan emosi yang menebal dan terpendam lama.

Apa yang terbuku di dalam hati Khalid terhadap Ketuanan Melayu sebenarnya? Adakah Khalid merasakan Ketuanan Melayu perlu dihapuskan kerana dianggap ‘sesat’ sebagaimana aliran sesat lain?

Sejak bila Ketuanan Melayu itu sama seperti Zionisme, Nazi Hitler dan White Supremacist Trump? Sejak bila orang Melayu memahami Ketuanan Melayu sebegitu rupa?

Orang Melayu sudah membuktikan bahawa mereka sebuah bangsa yang sangat bertoleransi walaupun sudah sekian lama hidup dengan Ketuanan Melayu. Malah, kaum lain mampu hidup mewah dan kaya-raya di Malaysia, termasuklah di kawasan-kawasan majoriti Melayu.

Saya tidak faham, apa faedahnya Khalid mengeluarkan kenyataan liar sebegini. Jangan kerana ‘mileage‘ politik, kamu sanggup memburuk-burukkan bangsa sendiri.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

2 Ogos 2020

Rujuk; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4185396894865855&id=450309788374603

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan