PILIHAN RAYA NEGERI SABAH – SATU UJIAN KEPADA KERJASAMA PARTI PRO PM TSMY

125
SHARES
1.4k
VIEWS

1. Pilihan Raya Negeri Sabah dijangka diadakan pada bulan September 2020.

2. Memberi sedikit ruang untuk SPR bersiap sedia menghadapi Snap Election di sebuah negeri yang besar dan mempunyai pelbagai keperluan logistik.

3. PRN Sabah akan memperlihatkan 73 kerusi dipertandingkan, iaitu penambahan 13 kerusi DUN berbanding dengan PRN Sabah pada tahun 2018.

4. Untuk memerintah negeri Sabah, parti politik yang bertanding memerlukan kemenangan di 37 kerusi DUN.

5. Secara kasar, DAP dan Warisan mempunyai 11 kerusi selamat dan 4 kerusi DUN yang ‘agak’ selamat. 

6. Manakala, UMNO mempunyai 5 kerusi yang benar-benar selamat.

7. Kerusi-kerusi yang dikatakan selamat ini berjumlah 20 kerusi. Maka secara kasarnya, PRN Sabah akan memperlihatkan pertandingan yang sengit di 53 kerusi DUN yang lain.

8. Hajiji, Ketua BERSATU Sabah mengumumkan BERSATU akan bertanding di 45 kerusi DUN.

9. Ini menimbulkan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin politik Sabah yang berada di dalam saf kepimpinan bersama PM TSMY.

10. Tidakkah Hajiji sedar bahawa BERSATU di Sabah merupakan Parti serpihan daripada UMNO Sabah. BERSATU Sabah merupakan satu parti yang baru di bumi Sabah.

11. Tidaklah kepimpinanan BERSATU Sabah mengukur baju mereka sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan provokasi kepada rakan-rakan di dalam gabungan? 

12. BERSATU Sabah bukan sahaja tidak mempunyai jentera pilihan raya yang kuat, malahan tidak mempunyai 45 orang calon yang berwibawa untuk bertanding pada PRN SABAH kali ini.

13. Kenyataan Bung Mokhtar amat tepat iaitu BN beserta dengan gabungan parti-Parti di Sabah yang bersama BN dan UMNO akan bertanding di kesemua 73 kerusi DUN.

14. Bung juga kata, BN dan UMNO bersedia untuk berunding dengan semua parti di dalam gabungan berkenaan dengan soal pengagihan kerusi DUN.

PERSOALANNYA:

15. Adakah kepemimpinan BERSATU Sabah seperti Hajiji mahukan pertandingan 3 penjuru demi kepentingan politik peribadi, dan ini akan membenarkan Shafie Apdal berkuasa semula sebagai Ketua Menteri Sabah, atau…

16. Hajiji dan Bung Mokhtar boleh mencari jalan kesepakatan untuk memastikan “satu lawan satu”, di semua 73 kerusi yang akan ditandingi, untuk memastikan Shafie Apdal di jatuhkan.

17. Hari Raya Aidil Adha yang baru lalu ini mengajar kita semua makna PENGORBANAN

18. BERKORBAN lah sedikit demi kesejahteraan rakyat, negara, agama dan perpaduan.

Salam. 

DATO’ SAIFUL BAHAR ARSHAD 

2 Ogos 2020

Putrajaya 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan