CAMPUR TANGAN POLITIK DI MAHKAMAH

1.2k
SHARES
6.9k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Kesimpulan atau ‘inference’ yang boleh dibuat daripada penulisan hari ini oleh Tun Abdul Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara adalah:

1. Orang politik yang berkuasa atau kerajaan yang memerintah tidak akan mengarahkan keputusan mahkamah secara langsung.

2. Namun orang politik yang berkuasa dalam kerajaan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah secara tidak langsung dengan menentukan kenaikan pangkat hakim-hakim.

……..

Sila baca penulisan dari pengalaman Tun Abdul Hamid ini:

Saya berkata kepada beliau: “Sekarang, saya merujuk kepada Mohamad Arif. Saya tahu bahawa beliau bertanding dalam pilihan raya atas tiket Pas dan kalah.”

Namun, saya mengesyorkannya untuk jawatan Pesuruhjaya Kehakiman dan diterima oleh kerajaan BN. Arif disahkan sebagai Hakim dan kemudian dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.”

Sekarang, saya minta beliau menceritakan pengalamannya: sama ada, ada ahli politik atau orang yang berkuasa terhadapnya atau mewakili eksekutif pernah mengarah, mencadang atau membayangkan kepadanya untuk memutuskan kes supaya memihak kepada kerajaan atau adakah beliau pernah menerima ugutan, amaran atau peringatan daripada mereka atau adakah sesiapa yang berkuasa (in authority) pernah mencuba mengganggu beliau dalam membuat keputusannya?” Beliau diam.

Perdana Menteri yang mula sekali menyebabkan hakim-hakim yang lebih kanan dilangkau dan yang lebih junior dilantik ke jawatan yang lebih tinggi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliaulah yang menyebabkan Datuk Mohd Azmi Kamaruddin dan Datuk Harun Hashim dilangkau oleh Datuk Eusof Chin dan Datuk Lamin Idris. Beliau jugalah yang menyebabkan Datuk Malek Ahmad dan Datuk Siti Norma Yaakob dilangkau oleh Datuk Ahmad Fairuz.”

-Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Hakim Negara ke-5

(Artikel penuh di Sinar Harian bertajuk “Campur tangan Politik di Mahkamah” oleh Tun Abdul Hamid Mohamad)

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/774726939949499/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts