PAS PERTEGAS KOMITMEN DALAM MUAFAKAT NASIONAL, PERKUKUH KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

28
SHARES
315
VIEWS

KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG PAS

1. YB Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempertegaskan bahawa PAS akan terus komited untuk bersama UMNO dalam Muafakat Nasional terutama dalam usaha memperkasa sekaligus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional demi untuk kepentingan negara dan rakyat Malaysia umumnya.

2. Sehubungan itu PAS amat bersetuju dengan penegasan Presiden UMNO, YB. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan terus kekal menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin.

3. PAS yakin kepimpinan yang diterajui bersama oleh parti-parti yang mendukung Perikatan Nasional akan terus memberikan perkhidmatan terbaik di samping akan mengemukakan tawaran baru yang lebih bermanfaat kepada semua rakyat pelbagai kaum tanpa kecuali.

Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN

Setiausaha Agung PAS

30 Julai 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan