JHO LOW KEMBALI JADI MANUSIA – PUAD ZARKASHI

2k
SHARES
11.8k
VIEWS

Dua hari lepas, Tan Sri Hamid Bador mengesahkan Jho Low ada di Macau. Iaitu sehari selepas Najib dihukum bersalah.

Itu bermakna Jho Low kembali jadi manusia. Sebelum itu Hamid Bador kata dia menyamar jadi beruang. Sebab itu susah nak tangkap.

Tetapi apabila sudah kembali jadi manusia, susah juga ke hendak bawa dia balik ke Malaysia?

Malangnya Pejabat Setiausaha Keselamatan Macau menafikan dakwaan Hamid itu.

Bulan Febuari lepas Hamid Bador kata Jho Low ada di Wuhan.

Tidakkah itu memalukan PDRM. Seolah olah inteligen kita tidak cekap atau KPN cakap bohong?

Hamid Bador janji, akhir Disember 2019 Jho Low akan dibawa balik ke Malaysia.

Malangnya sehingga Najib dijatuhkan hukuman, dua saksi utama pihak pendakwa iaitu Jho Low dan Nik Faisal gagal dikemukakan.

Sepatutnya dalam kes jenayah bila saksi utama gagal dikemukakan di mahkamah maka kena buang kes.

Sebab itu menurut TS Shafie, perbicaraan Najib berlangsung berdasarkan ‘hearsay‘ kerana Jho Low dan Nik Faisal tidak ada di mahkamah.

Najib sudah membuat rayuan. Tabah melawan kezaliman ini. Dia tidak mengheret UMNO seperti dakwa KJ. Satu senpun duit UMNO tidak diminta.

Dalam tekanan, dia tetap membantu UMNO menggunakan platform ‘Bossku’. Dia tidak minta apa-apa. Marilah kita mendoakannya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts