ALASAN PENGHAKIMAN NAJIB BERDASARKAN ANDAIAN-ANDAIAN?

1k
SHARES
6.1k
VIEWS

Hari ini seorang hakim telah menjatuhkan hukuman ke atas Dato’ Sri Najib.

Hakim ini telah mensabitkan kesalahan ke atas kesemua tujuh pertuduhan ke atas Dato’ Sri Najib dan menyatakan bahawa pada pandangannya pihak pembelaan telah gagal mewujudkan sebarang syak dalam hujah-hujahnya.

Dalam penghakimannya, beberapa asas dalam keputusan hakim tersebut adalah berdasarkan andaian-andaian dengan menggunakan ayat-ayat seperti ‘improbable’ (kebarangkalian tidak benar), “too far fetched” (tidak boleh difikirkan), “the inference is overwhelming” (kesimpulan yang besar berdasarkan pemerhatian atau andaian), dan sebagainya untuk menidakkan hujah pembelaan.Dalam bahasa Inggeris, ‘inference’ juga membawa maksud “educated guess” atau tekaan terpelajar. 

Saya serah kepada pakar-pakar undang-undang jenayah untuk menentukan sama ada andaian-andaian sebegini boleh digunakan sebagai asas untuk mensabitkan kesalahan dalam sesuatu kes jenayah.

Saya juga serah kepada para peguam bela Dato’ Seri Najib untuk mengulas lanjut berkenaan butiran penghakiman ini dari perspektif undang-undang jenayah dengan lebih terperinci.

……..

Tidak spesifik kepada kes ini tetapi merujuk kepada sistem keadilan secara amnya, bagi saya dalam sesuatu kes jenayah, keputusan perlu dibuat berdasarkan “hard evidence” atau bukti kukuh dan bukannya “inference” atau kesimpulan andaian, pemerhatian atau tekaan. 

Sebab andaian seseorang manusia adalah berbeza-beza di antara manusia yang lain.

Oleh itu, jika bukti tidak kuat atau tiada, tidak boleh menghukum seseorang dengan berasaskan pelbagai andaian.

Ini untuk mengelakkan seseorang yang tidak bersalah dianiaya dan dihukum berdasarkan andaian dan bukannya berlandaskan bukti yang kukuh.

Dalam sejarah dunia, ramai pemimpin politik dan orang berpengaruh telah dihukum berdasarkan andaian dan fitnah kerana hasad dengki seteru politik mereka yang berkuasa.

Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Alexander Solzhenitsyn, Sir Walter Raleigh, Alcamenes dan lain-lain telah dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihukum penjara secara tidak betul kerana politik.

Jika perkara ini berlaku sekarang terutama di negara ini, ia perlu ditentang dengan perjuangan yang gagah dan istiqamah.

……..

Saya percaya Dato’ Sri Najib mempunyai asas yang kuat dalam rayuan kepada Mahkamah Rayuan kelak.

Saya akan terus berdiri teguh bersama-sama Dato’ Sri Najib dalam meneruskan perjuangan ini untuk mencari keadilan dan menegakkan kebenaran.

ISHAM JALIL

28 Julai 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/771398093615717/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts