KENAPA RASIS-CAUVINIS KIASU MENUNTUT DIIKTIRAF UEC (MANDARIN) TETAPI TOLAK TULISAN JAWI?

418
SHARES
2.5k
VIEWS

Tidakkah pelik apabila satu-satu bangsa itu menuntut hak atas budaya, bahasa dan tulisannya tetapi dalam masa yang sama menolak hak atas budaya bahasa dan tulisan bangsa lain? Di sisi bangsa itu, tuntutan mereka dikira sebagai hak asasi manakala tuntutan daripada bangsa lain dikatakan bersifat perkauman.
 
2. Dalam Perlembagaan Persekutuan termaktub dengan jelas pada Perkara 152 berkenaan Bahasa Kebangsaan seperti berikut:
 
(1) Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
 
Dengan syarat bahawa –
(a) tiada seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

3. Jika dikatakan bahawa tiada seorangpun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain, maksudnya selain dari bahasa Melayu seorang itu dibolehkan dan bebas menggunakan, tetapi menghairankan kenapa golongan rasis-cauvinis kiasu sangat marah dan beriya-iya mahu menghalang anak-anak Malaysia daripada belajar bahasa Melayu, dalam tulisan Jawi, walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan?
 
4. Jikalau tulisan Jawi itu mereka kata tulisan rasmi agama Islam, mengapa kita tidak boleh kata tulisan Mandarin itu pula tulisan agama Buddha atau tulisan rasmi ajaran Confusius? Lebih menghairankan perkataan “tulisan Mandarin” itu tidak terdapat dalam Perlembagaan jika dibandingkan dengan susunan perkataan yang terdapat dalam Perlembagaan negara dengan menyebut – Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU. Tetapi anak bangsa dilarang belajar tulisan Jawi oleh golongan rasis-cauvinis kiasu, mengapa?
 
5. Apakah agenda tersembunyi mengenai isu UEC dengan tulisan Jawi? Padahal pengiktirafan terhadap UEC secara tidak langsung adalah pengiktirafan terhadap tulisan Mandarin tetapi dalam masa yang sama kaum rasis-cauvinis kiasu ini menolak tulisan Jawi, tulisan tradisi orang Melayu. Dan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan.
 
6. Lebih mengecewakan lagi apabila kedengaran pula bantahan-bantahan seumpama itu, bukannya hanya datang daripada pihak rasis-cauvinis kiasu tetapi muncul suara-suara ‘Melayu barua’ yang mempertikaikannya dan ada yang bersungguh mahu menghalang orang Melayu daripada memartabatkan tulisan Jawi yang sememangnya merupakan nadi bagi orang Melayu sekian lama.
 
7. Dari sudut yang bagaimana kumpulan Melayu barua ini begitu berani menyuarakan bantahan sedemikian rupa, ternyata kenyataan mereka itu menunjukkan sama ada mereka ini dangkal atau sememangnya ada skrip yang telah dikarang untuk dibacakan? Senarionya apa sahaja yang terkait dengan keMelayuan menjadi fobia bagi mereka, termasuk isu tulisan Jawi.
 
8. Tentang tuntutan UEC ini, mungkin kita boleh melihat daripada 2 sudut:
 
a) Jika benar-benar Dong Zong pertubuhan yang mewakili kaum Cina dalam soal tuntutan UEC ini mendesak kerajaan mengiktirafkannya, maka kita boleh katakan yang pertamanya bahawa tuntutan mereka ini melanggar Perlembagaan sebab bercanggah dengan huraian Perlembagaan, dan yang keduanya bolehlah dikatakan mereka sebenarnya kiasu yang bersikap ‘rasis’, yang tidak mahu mengiktiraf bahasa Melayu sebagai ‘Bahasa Kebangsaan’.
 
b) Mereka degil dan bersikap keras kerana hanya mahu menggunakan bahasa budaya mereka sahaja, dan mendesak bukan setakat dalam kehidupan seharian tetapi juga dalam urusan perniagaan, dan ini boleh dibuktikan dengan melihat iklan-iklan pekerjaan yang terpapar antara syaratnya: “Can speak and write in Mandarin”.
 
9. Dan mungkin juga UEC ini adalah sebahagian daripada polemik politik yang dijadikan sebagai satu percaturan, contohnya isu ini memang kita semua sedia maklum akan menjadi isu panas terutamanya di kalangan orang Melayu yang menganggap tuntutan ini bagaikan mencabar kedaulatan atau hak keistimewaan orang Melayu.
 
10. Bagi orang Melayu, Bahasa Kebangsaan itu adalah bahasa pertuturan orang Melayu. Justeru, jika ada pengiktirafan selain dari Bahasa Melayu maka perbuatan itu bagai mencabar orang Melayu. Sejarahnya bermula sejak 1961 lagi apabila orang Melayu bersatu dan membantah.
 
11. Persoalannya adakah Dong Zong dan Hua Zong tidak tahu hakikat ini? Tentu sekali mereka tahu tuntutan mereka itu hanya menyebabkan kemarahan orang Melayu. Tidakkah dengan menuntut hak atau pengiktirafan UEC ini dari YAB PM akan membuatkan beliau tersepit? Dan jika diiktirafkan juga, orang Melayu akan bangkit bantah, dan jika tidak diiktiraf pula boleh membuatkan orang Cina yang rasis terus-menerus menekan Perdana Menteri.
 
12. Kemudian menyentuh isu ‘Sekolah Vernakular’  sama ada ahli politik Melayu sedar atau tidak, setiap tahun antara bulan Jun, Julai dan Ogos pertubuhan Dong Zong atau Hua Zong, akan membangkitkan tuntutan mengenai isu ini dan setiap kali itu juga orang Melayu akan membantahnya. Persoalannya sampai bila dan apa kesudahannya? Tidakkah ini menunjukkan sikap rasis mereka itu menebal sejak dari tahun 1961 hingga ke hari ini?
 
13. Setiap tahun kita akan sentiasa berdepan dengan berbagai tuntutan yang sengaja dibuat oleh pertubuhan Dong Zong yang sebenarnya telah dirancang dan diatur sedemikian rupa iaitu dengan menuntut sekolah vernakular dan juga Hua Zong menolak tulisan Jawi. Mengapa sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan dilakukan ke atas kedua pertubuhan ini yang dilihat lebih banyak mendatangkan kesusahan kepada kerajaan dan rakyat daripada membantu.
 
14. Dan kedua-dua pertubuhan rasis ini lebih banyak membuat tuntutan daripada memberi sumbangan. Menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, kenapa pertubuhan ini tidak diharamkan? Apakah ia diperlukan untuk agenda politik bagi mengekalkan kuasa satu-satu parti ataupun sebahagian ahli politik telah terlampau banyak makan dedak sumbangan mereka?
 
Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts