KENAPA MCA BERIYA BANTAH PENUKARAN NAMA BUKIT ST PAUL?

33
SHARES
368
VIEWS

Nampaknya MCA masih lagi berkeras mahu membantah usul yang dibuat oleh Perbadanan Muzium Melaka untuk menukar nama Bukit St. Paul kepada nama asal ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Bukit Melaka kerana mereka sudah kali mengeluarkan kenyataan di media dalam isu ini seolah-olah terlalu bersungguh-sungguh membantahnya.

Melihat kepada hujah-hujah mereka juga, apakah mereka cuba menafikan sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka? Mereka berhujah kononnya mahu ‘mempertahankan’ sejarah, tetapi ironinya mereka sedang menafikan hak badan berautoriti dalam bidang sejarah tempatan iaitu perbadanan muzium itu sendiri.

Apabila pimpinan utama MCA negeri (Naib Pengerusi) sendiri mengeluarkan kenyataan, nampaknya ini adalah sesuatu yang sangat serius dan penting bagi parti tersebut. Apa sebenarnya motif MCA? Adakah mereka tidak berbangga dengan sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu, di mana adanya juga sejarah melangkaui sejarah kolonial dahulu?

Kita harap agar Kerajaan Negeri Melaka tidak tunduk pada desakan ini dan bertegas untuk menukar nama kerana kita juga yakin bahawa apa yang dibawa oleh MCA tidak mewakili rakyat Melaka mahupun rakyat Malaysiapun. Ini adalah satu ujian kepada kerajaan Melaka yang baru dibentuk.

Lagipun, menukar nama-nama tempat yang pernah diubah oleh penjajah kepada nama asal bukanlah sesuatu yang baharu. Apakah MCA ‘geli’ dengan nama Melayu? Atau apakah MCA rasa ini satu isu perkauman?

Kamu jangan melampau, kerana parti kamu boleh ‘hidup’ sampai sekarang hanya kerana mengemis ihsan undi orang Melayu melalui Barisan Nasional. Jangan kamu rasa kamu ‘kebal’ kerana kamu berada dalam Perikatan Nasional. Rakyat terutamanya orang Melayu yang kamu mengemis undi itu sedang memerhati kamu.

Jangan rasa selesa sampai jadi besar kepala sebagaimana DAP besar kepala dulu, kerana ada padahnya bakal menanti.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

26 Julai 2020

Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/93846/EDISI/Melaka-NS/Bantah-bukan-mahu-agungkan-penjajah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan