SARANAN TABUNG HAJI ‘DIJAGA’, DILETAKKAN DI BAWAH YDP AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

25.5k
SHARES
22.8k
VIEWS

REALITI TABUNG HAJI DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL 

1. Ketika zaman Barisan Nasional memerintah, Tabung Haji bukan sahaja mencatat keuntungan serta menambah aset-asetnya malah subsidi tidak pernah dikurangkan

2. Malah beberapa individu terpilih setiap tahun seperti para imam, bilal dan siak masjid turut diberi penajaan secara percuma bagi menunaikan haji serta kuota haji ditambah saban tahun berbanding negara lain

3. Rakyat Malaysia yang mahu menunaikan haji akan diberi subsidi haji dan hanya perlu membayar RM9,980 berbanding RM22,900 kos sebenar

REALITI TABUNG HAJI DI BAWAH PAKATAN HARAPAN 

4. Tetapi ketika 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan melalui Menteri Agamanya iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Tabung Haji digambarkan kononnya mengalami kerugian dan tidak mampu bertahan

5. Subsidi menunaikan haji cuba ditahan atau tidak mahu diberikan lagi oleh Pakatan Harapan melalui Mujahid, pelbagai alasan diberikan antaranya tidak menepati aspirasi asal penubuhan Tabung Haji serta kononnya “haji hanya bagi yang berkemampuan” – bagi menjustifikasi tindakan PH tidak mahu memberi subsidi

6. Aset-aset milik Tabung Haji bukan sahaja dipindah milik kepada syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang diterajui oleh individu berbangsa Cina, malah ‘dijual lambak’ oleh Pakatan Harapan sama seperti aset-aset kerajaan yang lain dengan harga di bawah pasaran – kononnya kerana menanggung kerugian

ADAKAH TABUNG HAJI SEMAKIN BAIK DI BAWAH PAKATAN HARAPAN? 

7. Ketika Pakatan Harapan memerintah, puluhan ribu hektar ladang-ladang sawit milik Tabung Haji kini bukan lagi milik entiti Islam tersebut – Rujuk pendedahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, “76.2% DARI KESELURUHAN LADANG SAWIT TABUNG HAJI SUDAH/SEDANG DIJUAL OLEH PH” di pautan; https://m.facebook.com/najibrazak/posts/10156633404585952

8. Termasuk juga hotel-hotel milik Tabung Haji yang baru siap atau mencatat keuntungan dan tiada masalah namun tetap dijual kepada pihak lain yang dikhuatiri pemiliknya bukan Islam

TINDAKAN ‘TERANCANG’ PAKATAN HARAPAN KE ATAS TABUNG HAJI? 

9. Pakatan Harapan sepertinya sudah meletakkan ‘target‘ terhadap Tabung Haji kerana seolah-olah terlalu iri hati dengan kemajuan entiti milik umat Islam negara ini sejak sekian lama dan cuba mengambilnya satu persatu tanpa segan silu apabila berkuasa

10. Ini kerana jika rugi sekalipun, tindakan Pakatan Harapan ketika itu amat mencurigakan kerana kenapa tidak menawarkannya kepada ‘taikun-taikun’ atau individu dan organisasi Islam yang lain untuk mengambil alih aset-aset Tabung Haji jika benar ingin menyelamatkannya?

KENAPA TAKUT GESAAN RCI? 

11. Selain itu, jika benar Tabung Haji mengalami kerugian, kenapa Pakatan Harapan takut untuk melaksanakan siasatan terbuka melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dicadangkan oleh pelbagai pihak termasuk Barisan Nasional sendiri?

12. Kebenaran boleh diungkap melalui RCI, jika Pakatan Harapan dari awal cuba mengelakkannya tetapi Barisan Nasional yang selama ini dituduh menyeleweng, amal rasuah dan salah guna kuasa ke atas Tabung Haji pula yang beriya ingin melaksanakan RCI, tentunya masyarakat sendiri boleh berfikir secara logik dan melihat siapa benar dan siapa yang salah

APA AKAN TERJADI KEPADA TABUNG HAJI JIKA BERLAKU LAGI PERALIHAN KUASA? 

13. Semua ini terjadi apabila berlakunya peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada hari bersejarah bertarikh 9 Mei 2018 ketika Pilihan Raya Umum ke-14

14. Jika selepas ini ditakdirkan Allah Taala berlaku lagi peralihan kuasa, maka adakah Tabung Haji akan dijual lambak sekali lagi oleh mana-mana kerajaan yang iri hati dengan harta dan aset umat Islam di negara ini?

15. Apakah jalan penyelesaiannya kerana isu atau kemelut Tabung Haji ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, akan ada lagi cubaan-cubaan oleh mereka yang oportunis, sentiasa mencari peluang menjarah harta dan aset umat Islam? 

16. Tujuan jangka masa panjang mereka ialah untuk melemahkan umat Islam di negara ini dan menghapuskan apa sahaja identiti Islam yang ada

17. Justeru, apa penyelesaian yang boleh diambil agar tidak berlaku lagi, tidak kira siapapun berkuasa? 

SARANAN AGAR TABUNG HAJI DAN ENTITI MILIK MELAYU ISLAM DILETAKKAN DI BAWAH YDP AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

18. Selaku Ketua Agama Islam Malaysia, saranan ini tidak janggal malah memberi nilai tambah dan kelebihan kepada mana-mana entiti milik umat Islam seperti Tabung Haji ini

19. Lain-lain entiti milik umat Islam selain Tabung Haji boleh juga diletakkan di bawah pantauan YDP Agong dan Majlis Raja-raja Melayu

20. Termasuk juga entiti milik Melayu dan Bumiputera ataupun yang dimiliki oleh kerajaan seperti Petronas dan Khazanah yang khusus perlu dilindungi sepenuhnya dari ‘serakah politik’ pihak-pihak tertentu

21. Bagi mengelakkan agar tidak ada pihak yang menggunakan peluang ketika memerintah untuk menjualnya kepada rakan-rakan ataupun pihak tertentu

SARANAN INI BOLEH DIMAJUKAN KEPADA YDP AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU OLEH MANA-MANA PIHAK TERMASUK PARTI ATAUPUN NGO JIKA KERAJAAN TIDAK MAHU MENCADANGKANNYA

22. Tidak kira berapa kalipun kerajaan bertukar kuasa, kemelut menjarah harta seperti yang berlaku atas Tabung Haji ini pasti tidak akan berlaku lagi kerana kerajaan tidak mempunyai kuasa ke atasnya

23. Ini supaya kesepaduan ataupun persepakatan usaha untuk merealisasikannya dapat dibuat sepenuhnya agar insiden menyedihkan yang berlaku ke atas Tabung Haji tidak lagi berlaku di masa hadapan

24. Ia juga amat penting agar tiada lagi mana-mana pihak berani untuk menjarah harta dan aset milik umat Islam di negara ini kerana YDP Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sendiri yang ‘menjaganya’ – dengan izin Allah Taala 

25. Jika tidak boleh dilaksanakan atas apa jua halangan maka pilihan terakhir adalah  mewujudkan dana umat Islam tanahair, untuk mengambil alih atau ‘bail out‘ mana-mana entiti milik umat Islam yang kononnya rugi, rujuk WUJUDKAN DANA UMAT ISLAM TANAHAIR (DUIT), AMBIL IKTIBAR DARI KEMELUT TABUNG HAJI di pautan; https://editormalaysia.com/13315/

26. Perlakuan jahat dan usaha terancang pihak-pihak tertentu yang ingin merampas, melemahkan dan seterusnya menghapuskan kekuatan serta identiti milik umat Islam selama ini perlu dihentikan – buktinya Tabung Haji telahpun menjadi mangsa

27. Semoga Tabung Haji serta lain-lain entiti milik umat Islam dan negara ini dapat dipertahan serta dipelihara selama-lamanya dengan izin Allah – daripada ‘tangan-tangan jahat’ yang sentiasa mencari peluang apabila memegang kuasa

Wallahualam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts