KHIANAT CONTENG MURAL PERBUATAN MELAMPAU – FARIZ HADI

414
SHARES
2.4k
VIEWS

Perbuatan menconteng mural di Shah Alam yang turut memaparkan lukisan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikecam ramai pihak termasuk Exco Pemuda UMNO, saudara Fariz Hadi.

Siaran di laman Facebook beliau menunjukkan rasa terkilan, antara sedih dan marah atas perbuatan khianat tersebut yang tidak sepatutnya dilakukan.

Selain wajah YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong, mural tersebut turut memaparkan lukisan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli  Al-Bakri, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah serta  Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang. 

Fariz tidak menyangka ada individu yang ‘busuk hati’ sebegitu sehingga sanggup “berperangai seperti binatang” dan beliau mengharapkan individu tersebut akan mendapat balasan setimpal atas balasannya. 

Sedih bercampur marah mendapat tahu berlaku berbuatan khianat terhadap lukisan mural di Shah Alam.” 

“Ada juga manusia hati busuk perangai binatang yang membenci tahap ini.” 

“Sanggup merosakkan hasil lukisan mural dari anak muda berbakat yang mahu mengabadikan sejarah tragedi pandemic Covid19 melalui lukisan yang mana bagi saya sangat berharga.” 

“Moga si pengkhianat akan mendapat balasan sewajarnya. Kalau tak di dunia pasti tak terlepas di akhirat kelak. – Fariz Hadi”

Justeru semoga pelakunya dapat dikenalpasti dan ditangkap dengan, segera serta dikenakan hukuman sewajarnya kerana bukan sahaja bersalah melakukan vandalisme, malah menghina pemimpin-pemimpin negara yang amat dihormati.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2704805456409026&id=100006387942126

Pautan video; https://youtu.be/GVDgZf5aens

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts