MOHON KERAJAAN LAKSANA RCI TERHADAP ISU TABUNG HAJI

525
SHARES
3.1k
VIEWS

JIKA ADA KESALAHAN JENAYAH, MEREKA YANG TERLIBAT PERLU DIHADAPKAN KE MUKA PENGADILAN

Isu Tabung Haji menjadi perdebatan hangat sejak kebelakangan ini sama ada di Parlimen atau media sosial mewujudkan banyak spekulasi yang bermain di fikiran Rakyat. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sewajarnya diadakan demi merungkai persoalan-persoalan berikut:

1) Benarkah berlaku jualan secara lambak ke atas 76.2 peratus ladang-ladang milik TH Plantation di bawah harga pasaran semasa? 

2) Apa perlunya aset-aset milik Tabung Haji dipindahkan  ke bawah syarikat milik Kementerian Kewangan iaitu Urusharta Jemaah Sdn. Bhd.(UJSB)? 

3) Benarkah Menteri Agama ketika itu, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa telah “Meluluskan Hak Perlucutan Pertama” (First Right of Refusal) terhadap pembelian semula 18 aset hartanah Tabung Haji yang telah dipindahkan ke UJSB di bawah Kementerian Kewangan? 

4) Apakah alasan penjualan hotel-hotel milik Tabung Haji yang ketika itu menjadi penyumbang kepada pendapatan TH? 

5) Benarkah seperti yang diberitakan bahawa kononnya Akaun-akaun Berkanun tahun 2018/2019 tidak diaudit sehingga ke hari ini dan tidak dibawa ke pengetahuan Parlimen sebagai satu kewajipan atas kehendak undang-undang? 

6) Adakah benar makluman dari sumber yang dipercayai bahawa lantikan peguam tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah TH? 

7) Benarkah berlakunya kelemahan pengurusan semasa kerajaan Barisan Nasional terdahulu sehingga kerajaan PH terpaksa melakukan tindakan-tindakan di atas?

Menyedari bahawa kebanyakan Ahli-ahli Parlimen memohon diadakan siasatan RCI termasuk YB Ketua Pembangkang sendiri maka kerajaan wajib menubuhkan dengan segera satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) demi kepentingan umat Islam terutamanya pendeposit-pendeposit Tabung Haji serta menjaga integriti TH sendiri sebagai instituisi pelaburan serta kewangan orang Islam yang dipandang hebat dan berprestij tinggi di kaca mata negara-negara Islam seluruh dunia.

Ikhlas:

Shahbudin Embun

Pengerusi Biro Politik

Majlis Perundingan Melayu
(MPM)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts