PILIHAN RAYA PBT BUKAN KEUTAMAAN DAN PERLU DIBANTAH!

400
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

15 Julai 2020 | 22 Zulkaedah 1441H

1. Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebuah pilihan raya yang menentukan siapakah yang akan menguruskan urusan polisi dan juga pentadbiran di peringkat bandar yang terdapat di Malaysia. Kali terakhir Pilihan raya PBT ini diadakan adalah pada tahun 1965 dan sebelum ia digantung atas asbab mengurangkan risiko perpecahan di kalangan kaum.

2. Pilihan raya PBT ini dilihat menjadi titik permulaan kepada perpecahan kaum kerana komposisi penduduk Cina yang ramai menetap di bandar berbanding dengan komposisi kaum-kaum lain seperti kaum Melayu dan India yang banyak menetap di luar bandar menyebabkan akan timbul suatu jurang yang akan membezakan taraf kehidupan bagi kaum-kaum yang hidup di dalam bumi Malaysia.

3. Namun dalam sesi Sidang Parlimen pada hari kedua menyaksikan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membentangkan usaha ini untuk dilaksanakan pada sekitar awal tahun depan. Pemuda PAS menegaskan bahawa jika ia dilaksanakan, kami tidak teragak-agak untuk menentangnya sekaligus memastikan usaha ini tidak akan dilaksanakan walaupun PAS adalah sebahagian daripada kerajaan pada hari ini.

4. Kita yakin penentangan yang dilakukan oleh pemuda PAS adalah selari dengan apa yang telah ditetapkan di peringkat PAS Pusat untuk memastikan Pilihan raya PBT ini bukanlah satu pilihan yang perlu didahulukan sehingga kita benar-benar yakin masalah jurang antara kaum sama ada daripada sudut ekonomi, gaya hidup dan sosial dapat ditangani dan usaha memupuk perpaduan yang lebih padu di Malaysia.

5. Pemuda PAS yakin dengan desakan untuk tidak melaksanakan Pilihan raya PBT ini, pihak kerajaan pastinya ada jalan lain untuk memastikan pengurusan pentadbiran di bandar lebih tersusun walaupun tanpa Pilihan raya PBT daripada dilaksanakan.

6. Dengan melihat daripada sentimen dan respon rakyat terhadap kecekapan kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini, Pemuda PAS yakin Pilihan raya PBT ini bukanlah agenda utama yang perlu didahulukan malah agenda memastikan rakyat terus berada dalam kehidupan yang lebih harmoni dan mempunyai kuasa dalam ekonomi adalah menjadi keutamaan yang perlu difikirkan oleh pihak kementerian.

7. Maka dengan tegas pemuda PAS menolak penuh usaha untuk melaksanakan Pilihan raya PBT ini.

Ir. Khairil Nizam

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Malaysia

https://www.facebook.com/479387615411779/posts/3763385820345259/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts