ESOK DEWAN RAKYAT BERMULA, PERSOALANNYA SIAPA SOKONG PM TSMY?

123
SHARES
912
VIEWS

12  Julai 2020

Dewan Rakyat

1. Esok hari pertama Dewan Rakyat bersidang, post pandemik Covid-19.

2. Esok sekitar jam 12 tengahari, ada satu usul akan dikemukakan oleh Kerajaan iaitu usul menukar Speaker Dewan Rakyat.

3. Usul ini telahpun diberi 14 hari notis.

4. Usul ini besar kemungkinan akan berlaku undian berbelah bagi.

5. Ahli Parlimen yang menyokong dan yang tidak menyokong akan mengundi.

6. PM TSMY selaku Ketua Majlis atau Ketua Whip Kerajaan akan membawa usul ini.

7. Dijangka dengan kekuatan 113 Ahli Parlimen, Usul ini akan lulus dengan majoriti 2 undi.

8. Sekiranya, usul dari Ketua Majlis ini GAGAL atau dikalahkan, tidak bererti PM TSMY berhadapan dengan undi tidak percaya di Dewan.

9. Ia hanya satu kekalahan undian.

10. Ia juga tidak akan bermakna, Kerajaan PM TSMY bubar atau Parlimen perlu dibubarkan serta-merta.

11. Apa yang pasti ialah hayat Dewan Rakyat ini tidak lama.

12. Sekiranya undian untuk menukar Speakerpun tewas, bermakna sebarang usul kerajaan yang lainpun akan tewas. Apatah lagi Bajet 2020.

13. Sekiranya menang undian menukar Speaker Dewan Rakyat ini, usul undi tidak percaya oleh Langkawi sudah tidak relevan lagi.

14. Sayonara Langkawi.

Salam. 

DSBA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan