MUSA HASSAN PUJI AYOB KHAN, JUGA NASIHAT AGAR BELIAU BERHATI-HATI

622
SHARES
3.7k
VIEWS

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memuji ketegasan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yang meminta ‘orang politik’ agar tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

Menurut beliau, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, pihak polis telah menangkap beratus-ratus anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, namun tidak ada pihak atau individu yang ‘merungut’.

Tetapi Ayob mempertikai kenapa apabila pihak polis menangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia menjadi isu sehingga sampai ke peringkat pihak kerajaan (ketika itu Pakatan Harapan) ingin meminda undang-undang. 

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang?”

“Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.”

Rujuk artikel  “Orang Politik Jangan Ganggu Tugas Polis” di pautan; https://malaysiagazette.com/2020/07/11/orang-politik-jangan-ganggu-tugas-polis-ayob/

Ketegasan beliau ini mengundang pujian ramai termasuk Musa Hassan sendiri menerusi ciapan di Twitter beliau;

Penjelasan yang jujur. Berdoa agar ramai lagi pegawai-pegawai tinggi PDRM mempunyai prinsip dan sikap seperti ini. Semoga PDRM sentiasa cemerlang.”

Rujuk pautan; https://mobile.twitter.com/TSMusaHassan/status/1282101266018004992

Musa juga kemudiannya turut memberi nasihat agar Ayob berhati-hati melalui ciapan seterusnya iaitu;

Nasihat saya kepada Dato Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia. Walau demikian Dato perlu berjaga-jaga kerana perlu menghadapi ramai musuh dari dalam dan luar pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan me rasa tergugat di atas ketegasan Dato.”

Rujuk pautan; https://mobile.twitter.com/TSMusaHassan/status/1282121432487481344

Penjelasan Ketua Polis Johor yang baharu ini yang ramai dikatakan ditukar ke Johor daripada cawangan E8 Anti Pengganas adalah kerana isu beliau menangkap pemimpin DAP sebelum ini yang kemudiannya kes tersebut digugurkan oleh Peguam Negara ketika itu iaitu Tan Sri Tommy Thomas yang Pro DAP.

Namun kemudiannya tindakan Ayob dan PDRM dipertahan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menjadi Perdana Menteri.

Justeru penjelasan terkini secara terbuka oleh Ayob Khan mengenai elemen ‘campur tangan DAP’ yang ketika itu membelakangkan kedaulatan undang-undang, wajar disiasat secara terperinci kerana bukti-bukti semuanya telah ada dan dilengkapkan oleh cawangan E8 di bawah pimpinan beliau sebelum ini dan jangan dibiarkan ia akhirnya ‘disenyapkan’ begitu sahaja.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri dan menyokong tindakan Ayob Khan dan cawangan E8 tentu lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Semoga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Peguam Negara yang baharu berani mengambil tindakan kerana ini isu keselamatan negara yang perlu diambil berat dan disegerakan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts