• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, January 17, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KPT DENGAR SUARA DAN HASRAT MAHASISWA BERHUBUNG PEMBUKAAN SEMULA IPT SECARA BERPERINGKAT

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
July 8, 2020
in Pendidikan, Utama
0
KPT DENGAR SUARA DAN HASRAT MAHASISWA BERHUBUNG PEMBUKAAN SEMULA IPT SECARA BERPERINGKAT
92
SHARES
348
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyambut baik kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung pembukaan semula IPT secara berperingkat dan melibatkan keperluan beberapa lagi kategori pelajar yang perlu pulang ke kampus bagi menyempurnakan pengajian masing-masing tambahan kepada lima kategori pelajar yang telah diberi kebenaran sebelum ini.

MPPK sangat menyokong penuh KPT untuk membenarkan kemasukan empat lagi kategori pelajar IPT ke kampus secara berperingkat mulai Julai 2020.

Empat kategori pelajar yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

i. Pelajar tempatan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) sebanyak tiga puluh peratus (30%) seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta.

ii. Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan Badan Profesional.

iii. Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian.

iv. Pelajar antarabangsa dari kedua-dua Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta termasuklah pelajar baharu.

MPPK juga bersetuju keputusan KPT yang memberi fleksibiliti kepada IPT dalam menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian termasuklah meneruskan PdP secara dalam talian kepada pelajar-pelajar yang terlibat mengikut keperluan program masing-masing.

MPPK juga menyambut baik pengumuman kemasukan pelajar sepenuhnya adalah pada Oktober 2020. Hal ini demikian pelajar juga perlu membuat persediaan sebaik mungkin sebelum kembali ke kampus dan tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini pelajar dapat membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.

Pelajar yang pulang ke kampus diminta untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri. Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan

Bagi pelajar antarabangsa, mereka perlu mendaftar dengan pihak Education Malaysia Global Services mereka perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan pihak kerajaan dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, MPPK ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak KPT kerana prihatin mengenai beberapa masalah yang mungkin terpaksa dihadapi oleh sebahagian pelajar, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu penginapan dan tiket penerbangan untuk kembali ke kampus.

MPPK juga berharap agar KPT dapat mengambil inisiatif dan langkah yang terbaik bagi menangani isu-isu ini. Selain itu, MPPK mohon pelajar yang mempunyai sebarang masalah atau kesulitan untuk menghubungi bahagian hal ehwal pelajar di IPT masing-masing.

Sekian, terima kasih.

“Memartabat Mahasiwa Malaysia”

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan – MPPK

Tags: Kementerian Pendidikan MalaysiaMPPKMuhammad Amir AsyrafNoraini Ahmad
Previous Post

PROJEK RUNDINGAN TERUS RM56 JUTA: BEKAS SETIAUSAHA POLITIK MAT SABU DITAHAN REMAN

Next Post

LATIFF BERSIKAP KEBUDAK-BUDAKAN, WAJAR HARGAI SEMANGAT SETIAKAWAN DALAM PERIKATAN NASIONAL

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KERAJAAN PERLU TAMBAH PERUNTUKAN UNTUK 1.7 JUTA MURID TIADA AKSES KEPADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

KERAJAAN PERLU TAMBAH PERUNTUKAN UNTUK 1.7 JUTA MURID TIADA AKSES KEPADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

November 23, 2020
GPMS SOKONG PENUH SIARAN PROGRAM DIDIKTV@NTV7

GPMS SOKONG PENUH SIARAN PROGRAM DIDIKTV@NTV7

November 19, 2020
BAJET 2021: MPPK MOHON KERAJAAN NILAI SEMULA INSENTIF UNTUK MAHASISWA

BAJET 2021: MPPK MOHON KERAJAAN NILAI SEMULA INSENTIF UNTUK MAHASISWA

November 6, 2020
KEMBALIKAN MYBRAIN DAN BANTUAN SISWA RM250 DALAM BELANJAWAN 2021 – MPPK

KEMBALIKAN MYBRAIN DAN BANTUAN SISWA RM250 DALAM BELANJAWAN 2021 – MPPK

November 3, 2020
MPPK BANTAH TINDAKAN BIADAP UMANY

MPPK BANTAH TINDAKAN BIADAP UMANY

October 31, 2020
MPPK MOHON KPT PERTIMBANGKAN INISIATIF TERTENTU BAGI PELAJAR IPT

MPPK MOHON KPT PERTIMBANGKAN INISIATIF TERTENTU BAGI PELAJAR IPT

October 27, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In