ISU VIDEO AL JAZEERA FITNAH MALAYSIA: DALANGNYA MUNGKIN ORANG TEMPATAN

2.5k
SHARES
14.8k
VIEWS

Saya sudah menonton video dokumentari yang diterbitkan oleh Al Jazeera mengenai pendatang asing yang tular baru-baru ini. Saya yakin, majoriti rakyat Malaysia telah menontonnya.

Memang jelas bahawa Al Jazeera telah membuat laporan yang menipu dan memburuk-burukkan Malaysia seolah-olah mereka ini ‘menghalalkan’ sindiket pendatang haram tanpa izin yang sedang parah di Malaysia. Negara manakah yang membenarkan pendatang asing haram masuk dan berkeliaran sesuka hati? Adakah semuanya boleh menjadi ‘halal’ di atas nama hak asasi? Selepas ini apa pula yang mahu ‘dihalalkan’ dan memaksa orang lain untuk menerimanya?

Satu persoalan yang timbul di sini, siapakah yang menjadi ‘mastermind‘ yang menyalurkan segala maklumat dan yang mengatur segalanya di belakang pergambaran ini? Tidak mungkin orang-orang Al Jazeera membuatnya tanpa orang tempatan (rakyat Malaysia) di belakangnya.

Sebelum ini, ada NGO-NGO dan aktivis-aktivis hak asasi ‘membuat bising’ kononnya pendatang asing tanpa izin ditindas oleh pihak berkuasa. Mereka meletakkan pelbagai label pada pihak berkuasa seperti ‘perkauman’ dan sebagainya. Label-label inilah juga yang digunakan oleh Al Jazeera dalam dokumentari ini.

Adakah mereka ini menjadi dalang di belakang penghasilan dokumentari ini? Pihak polis perlu siasat. Jangan lupa, memang ini taktik biasa sesetengah pihak apabila desakan dan propaganda mereka melalui media-media haluan kiri tempatan tidak didengari, maka mereka akan menggunakan media dan pentas antarabangsa bagi menekan negara pula.

Teruskan menyokong segala usaha membanteras pendatang haram dan segala usaha bagi memelihara kedaulatan negara!

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

6 Julai 2020

Sumber: https://malaysiagazette.com/2020/07/06/al-jazeera-perlu-minta-maaf-kerana-siarkan-video-berniat-jahat/ 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts