PRK CHINI: LIMA ISYARAT RAKYAT MENUJU PRU-15

484
SHARES
2.8k
VIEWS

PERTAMA, rakyat memberikan BN dan Muafakat Nasional kepercayaan dan undi mereka dengan lebih tinggi untuk BN meraih kemenangan besar dengan majoriti 12,650 undi, iaitu tertinggi dalam sejarah DUN Chini.

Calon BN PRK DUN Chini, Sharim Md Zain memperoleh 91 peratus daripada keseluruhan undi atau 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 undi.

Ini adalah rekod luar biasa jika dibandingkan dengan pencapaian BN dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini di Chini (dan di seluruh negara):

Keputusan pilihan raya DUN Chini:
PRU-11 (2004): 69.9 peratus undi kepada BN

PRU-12 (2008): 70.2 peratus undi kepada BN

PRU-13 (2013): 72.6 peratus undi kepada BN

PRU-14 (2018): 60.8 peratus undi kepada BN

PRK Chini (2020): 91.1 peratus undi kepada BN

Ia menunjukkan isyarat bahwa rakyat semakin cenderung kepada BN dengan formula penyatuan UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional.

KEDUA, jumlah turun mengundi yang mengatasi sasaran Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menunjukkan rakyat bersemangat untuk memberikan mandat kepada BN dan MN.

SPR mensasarkan hanya 70 peratus akan keluar mengundi berikutan kekangan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, jumlah turun mengundi mengundi sebenar adalah seramai 74 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

Ia menunjukkan isyarat yang rakyat begitu bersungguh mahu menyatakan ‘suara’ mereka melalui peti undi, meskipun terkekang dengan situasi semasa seperti wabak COVID-19.

KETIGA, kebanjiran jentera dan penyokong BN dan MN yang ramai menunjukkan jentera parti mempunyai semangat dan moral yang tinggi.

Meskipun DUN Chini merupakan kubu kuat BN dan telah dijangka menang, namun jentera BN dan PAS dengan semangat Muafakat Nasional dari serata negara tetap menggembeleng tenaga habis-habisan datang berkempen bersama jentera tempatan.

Ia menunjukkan isyarat yang jentera dan penyokong begitu berkobar-kobar mahu menyertai pilihan raya dan bersungguh mahu memenangkan parti.

KEEMPAT, kemenangan kali keenam pilihan raya kecil berturut-turut sejak 2019 adalah trend dan momentum yang baik untuk BN dan MN menuju PRU-15.

BN dengan muafakat bersama PAS telah memenangi kesemua enam pilihan raya kecil berturut-turut dengan peningkatan jumlah undi.

Lebih luar biasa, dua kerusi PH telah berjaya ditawan semula oleh BN iaitu DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar iaitu 1,914 dan 15,086 undi.

Ia menunjukkan isyarat bahawa BN dengan formula Muafakat Nasional adalah disenangi rakyat dan sedang dalam momentum besar untuk Pilihan raya Umum ke-15.

KELIMA, BN berani mengetengahkan muka-muka baharu untuk menang pilihan raya.

Dalam siri pilihan raya-pilihan raya kecil selepas PRU-14, BN telah mengetengahkan ramai muka baharu sebagai calon.

Antaranya Ramli Mohd Noor (Parlimen Cameron Highlands), Zakaria Hanafi (DUN Semenyih) serta Mohd Sharim Mohd Zain (DUN Chini), yang kesemua mereka telah menang.

Ini adalah isyarat bahawa BN sedia membariskan ramai muka baharu dalam PRU-15 akan datang bertepatan dengan kehendak akar umbi dan rakyat.

Pemerhati Politik

5 Julai 2020

(Dipetik dari laman Facebook Barisan Nasional Selangor) 

https://www.facebook.com/407605752591041/posts/3571827319502186/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts