BARISAN NASIONAL MENANG BESAR DI PRK CHINI

32
SHARES
355
VIEWS

Seperti diduga, Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini dengan menewaskan dua calon ‘bebas’ dengan majoriti lebih besar berbanding sebelum ini.

Menerima undi sebanyak 13,872 dengan majoriti besar iaitu 12,650 berbanding majoriti 4,622 sebelum ini, Mohd Sharim Md Zain, 41, berjaya mengekalkan penguasaan Barisan Nasional di DUN tersebut selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung.

Sharim dicabar oleh dua calon bebas selepas Pakatan Harapan tidak berani meletakkan calon mereka apabila mengalami defisit sokongan rakyat yang parah dan berterusan apabila memerintah negara dengan corak pemerintahan yang dibenci rakyat dan mendapat kritikan ramai pihak termasuk penyokong-penyokong Pakatan Harapan sendiri. 

Pencabarnya iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, hanya meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, berumur 49 tahun, mendapat 137 undi dan sekaligus melihatkan kedua-duanya kehilangan deposit apabila gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah undi keseluruhan yang dikira.

Kedua-dua calon bebas tersebut bagaimanapun turut dikaitkan oleh netizen dengan Pakatan Harapan yang ingin mencuba nasib tetapi gentar meletakkan calon masing-masing secara rasmi bagi mengelakkan dikecam apabila kalah. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan