TUNTUTAN 5 CIRI BAGI PELANTIKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT – PEMBELA

688
SHARES
4k
VIEWS

๐—ž๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ PEMBELA

1. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) merupakan gabungan NGO-NGO Islam utama di Malaysia yang beriltizam untuk menjadi pihak ‘semak dan imbang’ dalam agenda Islam dan Melayu.

2. PEMBELA sedia maklum mengenai usul pengosongan jawatan Speaker Dewan Rakyat untuk menggantinya dengan yang baharu.

3. Maka, dengan ini PEMBELA ingin menegaskan agar pihak kerajaan melantik individu yang diyakini dan mempunyai reputasi yang baik berdasarkan ciri-ciri berikut:

i. Menjunjung tinggi kedudukan serta Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan.

ii. Menghormati serta menjunjung sistem Raja Berpelembagaan.

iii. Menghormati serta menjamin hak kedudukan orang Melayu, Bumiputera dan hak kaum-kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

iv. Berakhlak mulia, berintegriti dan mempunyai rekod bebas rasuah.

v. Tegas dalam menjunjung semua prinsip Rukun Negara.

4. PEMBELA juga ingin mendesak semua Ahli Parlimen yang diberikan hak untuk memilih Speaker Dewan untuk menghormati tuntutan ini dan melantik Speaker daripada kalangan individu yang mempunyai ciri-ciri di atas.

5. PEMBELA juga ingin menegaskan kepada pihak Kerajaan supaya TIDAK mempertimbangkan dan MENOLAK dengan tegas semua individu yang dipercayai dan diyakini membawa bentuk-bentuk pemikiran yang bertentangan dengan aspirasi serta kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

6. PEMBELA berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil serius akan tuntutan ini bagi kelansungan dan jaminan untuk agenda Islam dan Bumiputera dapat ditegakkan melalui sistem parlimen.

Hj. Aminuddin Yahaya

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

2 Julai 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts