RESPONS TERHADAP DAKWAAN KEMPEN BMF DITAJA OLEH PARTI POLITIK

96
SHARES
1.1k
VIEWS

Ini merupakan kenyataan yang sangat salah dan menyimpang. Kempen BMF tidak pernah ditaja oleh mana-mana parti politik kerana ia adalah gerakan umat Islam merentas parti politik yang digerakkan oleh usahawan-usahawan, NGO-NGO dan pembeli-pembeli Muslim di akar umbi masyarakat.

Jika mahu menegur komitmen mana-mana parti politik mengenai kempen BMF sebelum dan selepas menjadi kerajaan, tidak mengapa kerana memang kita perlu saling menasihati tatkala terleka. Malah, kita sangat alu-alukan. Tetapi untuk meletakkan label bahawa kempen ini DITAJA oleh mana-mana parti politik, itu adalah satu dakwaan yang berniat jahat dan menyimpang.

Kami sekretariat penganjur yang menggerakkan kempen ini menggunakan duit poket masing-masing sahaja walaupun kami tidaklah kaya-raya tetapi berkat rezeki dari Allah, kami dapat bergerak. Sehingga hari ini, tidak ada satu senpun kami mendapat peruntukan dari sesiapapun, apatah lagi parti politik.

Jika kempen ini ditaja oleh parti politik, pasti kempen ini subur dan pesat membangun di negeri-negeri yang diperintah oleh parti tersebut. Dan pastinya usahawan-usahawan Muslim di negeri-negeri tersebut sudah kaya raya. Janganlah cuba mempolitikkan kempen ini. Apa faedah yang anda dapat dari cuba menyeret para usahawan dan peniaga yang tidak bersalah ke kancah pergaduhan politik kalian?

Akhirnya yang rugi hanyalah peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan Muslim yang baru sahaja hendak bertatih ini manakala politikus tetap kaya-raya menikmati segala elaun. Sudahlah tidak mahu membantu malah hanya membuat kacau sahaja. Adakah mereka ini seronok menghalang usaha kebaikan, iaitu usaha membantu saudara Muslim yang lain?

Adakah ini ‘rahmatan lil alamin’ yang diperjuangkan? Jangan sampai rakyat semakin benci dengan politik akibat kerakusan para politikus yang suka mengheret rakyat dalam permainan mereka. Berilah ruang untuk rakyat marhaen bernafas. Cukup-cukuplah.

Kepada pejuang-pejuang kempen BMF sekalian, teruskan menyokong usahawan-usahawan Muslim kerana agenda memperkasakan ekonomi umat ini adalah perjalanan yang panjang. Usah pedulikan ‘nyamuk-nyamuk’ yang datang mengacau ini kerana mereka hanya tahu ‘menghisap darah’ sahaja! 

Teruskan istiqamah. Kempen ini kempen kita semua!

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

2 Julai 2020

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/selepas-bentuk-kerajaan-ke-mana-kempen-bmf-tajaan-pas-soal-faiz-fadzil-249334 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan