PENGHINA AGAMA, BANGSA DAN IDENTITI NEGARA WAJAR DIKENAKAN HUKUMAN PALING KERAS

355
SHARES
529
VIEWS

Masalah dengan segelintir pihak di negara ini yang berkali-kali bersikap biadap secara terang-terangan, menghina agama bangsa dan identiti negara sendiri tanpa segan silu seolah-olah agama dan bangsa lain tiada hati dan perasaan.

Juga mereka ini seperti tiada perasaan kasih dan sayang terhadap negara sendiri serta seolah-olah mempunyai kesetiaan terhadap negara lain, malu dengan negara sendiri tetapi berbangga dengan negara lain yang kononnya menjadi idola mereka sejak sekian lama.

Diikutkan, jika mereka ini boleh dihantar pulang seperti PATI dan warga asing lain, pasti mereka yang kononnya berhati komunis dan kasih negara tersebut akan menyesal apabila dihantar pulang.

Negara komunis yang menjadi idola dan didewa-dewakan mereka selama ini tidak seperti Malaysia yang ‘dibenci’ identiti dan budaya besarnya yang selama ini dikongsi bersama, akan ‘menyeksa’ mereka dengan undang-undang ketat dan tidak berperi kemanusiaan mereka, malah amalan agama dan kekayaan mereka yang selama ini dinikmati secara bebas tanpa halangan di negara ini akan terpaksa diserahkan kepada kerajaan komunis yang menjadi idaman mereka selama ini.

Ketika itu menyesal tidak sudah tidak berguna lagi, justeru bak pepatah Melayu sejak zaman berzaman iaitu “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” dan “hujan emas emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri” – boleh difahami dengan mudah iaitu di mana kita hidup dan bernegara, bersyukur dan berbanggalah dengannya. 

Baik buruk negara sendiri walau di tempat lain lebih baik dan mewah, tetap ia dibangga dan ditinggikan dari negara lain, seperti pepatah yang lain, “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain”. Bayangkan negara inilah tempat tumpahnya darah kita semua yang patut dipelihara dan disanjung tinggi berbanding negara lain, bukan setiap inci daripadanya sengaja dicari jalan untuk dihina.

Buang sahaja kerakyatan penghina-penghina yang biadap ini kerana jika tidak boleh menghormati agama dan bangsa lain, malah sampai sanggup menghina dan memperlekehkan identiti dan lambang negara sendiri – orang sebegini tidak layakpun berada dalam mana-mana negara.

Malah negara lain  termasuk ‘negara asal’ mereka juga takut ingin menerima mereka kerana sebegitu hina memperlekehkan  agama dan bangsa warga yang lain serta identiti negara sendiri, yang dikhuatiri akan memberi masalah serupa terhadap negara yang akan berbudi menerima mereka. 

Oleh kerana itu, puak pelampau yang biadap ini tidak kira sama ada menghina agama dan bangsa warga yang lain, mempersenda identiti negara sendiri seperti bendera dan Jata Negara serta memperlekeh Perlembagaannya, termasuklah merendah-rendahkan negara sendiri dalam apa jua cara sekalipun – wajar dikenakan tindakan yang paling keras, walaupun sehingga terpaksa digubal undang-undang sedia ada.

Mereka ini wajar dipenjarakan malah disebat agar menjadi iktibar dan peringatan keras supaya tidak diulang oleh sesiapa jua, sama ada rakyat biasa ataupun pemimpin. Jika kesalahan seperti ini diulangi, maka mereka ini wajar dinyahkan kerakyatan atau diturunkan menjadi taraf Penduduk Tetap sahaja agar bukan sahaja malu, malah tidak lagi boleh dibenarkan mengundi atau menjadi wakil rakyat – ADUN atau Ahli Parlimen.

Jika ada dalam kalangan pemimpin parti politik yang membela penghina agama, bangsa dan negara yang biadap ini, mereka juga wajar dikenakan tindakan tegas kerana bukan sahaja tidak patriotik malah menunjukkan sikap buruk tidak cintakan negara sendiri.

Mereka ini wajar digugurkan hak mereka selaku ADUN atau Ahli Parlimen – kerana pemimpin seperti ini sepatutnya menjadi contoh menjunjung tinggi Perlembagaan dan bersikap patriotik terhadap negara sendiri.

Jika tidak, sampai bila-bilapun mereka ini  yang biadap dan tiada jati diri, tidak akan takut dan akan berterusan mencari jalan serta ruang untuk melakukan penghinaan, memperlekeh, mempersenda dan merendah-rendahkan identiti negara sendiri, agama serta bangsa rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Bukan sekadar hanya meminta maaf dan dianggap selesai. 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan