SEBAB AZHAR HARUN DILANTIK SPEAKER DEWAN RAKYAT

2.2k
SHARES
13.2k
VIEWS

YAB Tan Sri,

Saya baru mendapat maklum bahawa YAB Tan Sri telah mencadangkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru.

Jika ini benar, ia adalah sesuatu cadangan yang agak janggal kerana Azhar Harun adalah lantikan Dr Mahathir dan PH dahulu dan sememangnya penyokong tegar PH.

Satu sebab yang berkemungkinan besar adalah kerana pihak YAB Tan Sri dan kerajaan ingin mendapatkan sebahagian undian daripada blok pembangkang (PH) apabila undian dibuat di Parlimen untuk melantik Speaker dan Timbalan Speaker apabila Parlimen bersidang pada bulan depan.

Ini untuk memastikan supaya kerajaan memenangi undian di Parlimen tersebut.

Dengan segala hormat, tanpa prejudis dan dengan hati yang terbuka dan ikhlas saya ingin bertanya: Adakah YAB Perdana Menteri tidak yakin yang kerajaannya akan mendapat cukup undi di Parlimen sehingga perlu melantik Speaker yang berkecondongan pembangkang (PH)?

Mohon YAB Tan Sri memberi pencerahan dengan ikhlas dan hati yang terbuka juga.

Salam hormat,

ISHAM JALIL

30 Jun 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/751095465645980/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts