ADAKAH MASIH RAMAI SAKI BAKI ORANG MAHATHIR?

1.3k
SHARES
7.3k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

MKT UMNO

Bekas Menteri Undang-undang PH, Liew Vui Keong kata, usul Muhyiddin untuk berhentikan TS Ariff dan Nga Khor tidak ikut rule of law.

Ada dua persoalan mengenai usul itu. Pertama, adakah mereka enggan meletak jawatan secara sukarela?Kedua, adakah wujud konspirasi untuk mensabotaj Parlimen?

Memang pelik, kedua-duanya masih Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Secara moral mereka patut letak jawatan kerana mereka lantikan PH.

Minggu pertama PH memerintah, Tan Sri Raus Sharif (Ketua Hakim), Tan Sri Zulkifli Makinudin (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Tan Sri Apandi Ali (AG) diarah berhenti segera. Manakala Tan Sri Dzulkifli (SPRM) berhenti sebelum diarah.

Ketika itu ramai pihak mempersoalkan tindakan Mahathir dan kemudiannya Daim memanggil Tun Raus mengadap dan diarahkan berhenti.

Pengamal undang-undang Ram Karpal Singh menganggap tindakan Tun Mahathir dan Tun Daim itu melanggar rule of law dan pengasingan kuasa. Executive tidak boleh mencampuri urusan Judiciary.

Pada beliau Tun Daim khususnya sudah melampaui batas. Perlembagaan Malaysia cukup jelas menyatakan bagaimana Ketua Hakim Negara boleh diberhentikan.

Artikel 125(3) Perlembagaan Negara menyatakan sebuah Tribunal mesti dibentuk untuk memberhentikan Ketua Hakim Negara.

Justeru, Liew Vui Keong sepatutnya jangan hanya pandai bercakap soal doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Kehakiman dan Legislatif (Parlimen).

Rujuk:

https://www.malaysiakini.com/news/53210

Dia patut tidak lupa apa yang PH lakukan terhadap Tun Raus.

Kalau diikutkan cara Tun Mahathir terhadap Tun Raus maka Hamid Bador (PDRM), Azhar Azizan Harun (SPR) dan Gopal Seri Ram sudah lama meletak jawatan.

Ini bukan soal zalim. Merekalah yang enggan meletak jawatan sebenarnya yang zalim.

Parlimen sudah tentu jadi sarkas bila usul ini dibentangkan sepertimana kecohnya negara apabila tribunal pemecatan Tun Salleh Abas diwujudkan dahulu.

Pokoknya, kita tidak mahu wujud kumpulan yang boleh dipergunakan untuk mensabotaj negara atau menjadi tali barut Mahathir.

Pengalaman sudah ada. Najib mahu ditangkap di pejabatnya kerana adanya konspirasi dari dalam yang didalangi Mahathir.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts