KRONI DAN PROJEK ANAK ANTARA SEBAB MAHATHIR MAHU JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI?

2.9k
SHARES
13.3k
VIEWS

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pengkhianatan parti DAP dan PAN terhadap Anwar Ibrahim.

DAP dan PAN secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus.

Antara alasan yang diberi oleh DAP dan PAN untuk menyokong Mahathir adalah kerana Anwar tidak mempunyai sokongan cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan PH yang baharu.

DAP dan PAN juga menyatakan bahawa Mahathir hanya akan menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga untuk hanya tempoh 6 bulan sahaja kemudian menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar.

Persoalannya, kenapa Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri semula selepas dia sendiri yang meletakkan jawatan empat bulan lalu?

Jika dilihat dari perbualan di media sosial terutamanya di Twitter dan Facebook, ramai netizen berpendapat Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga untuk menyembunyikan salah laku yang dilakukan oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri ke-7 selama 22 bulan, dan sebelumnya selama 22 tahun.

Ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, syarikat anak beliau iaitu Opcom Holdings Berhad telah meraih kontrak bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM).

Bukan itu sahaja, Opcom Holdings Berhad juga telah mendapat kontrak di bawah kerajaan Pakatan Harapan di dalam program National Fiberisation and Connectivity Plan yang membawa peruntukan sebanyak RM21.6 Billion.

Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri, banyak kontrak-kontrak kerajaan dengan jumlah keseluruhan bernilai berbillion-billion ringgit telah dianugerahkan kepada kroni-kroninya dan anak-anaknya yang telah menjadi kaya-raya.

Tentu ada salah guna kuasa dalam penganugerahan kontrak-kontrak ini yang kebanyakannya dilakukan melalui rundingan terus.

Perkara ini juga dibangkitkan oleh Dato’ Seri Najib Razak di dalam laman Facebook-nya baru-baru ini.

Adakah Dr. Mahathir begitu takut kerajaan Perikatan Nasional akan membatalkan semua kontrak yang diberi kepada anak dan kroninya sehingga dia mahu menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga untuk melindungi mereka?

Atau Mahathir pastinya takut jika dia bukan lagi Perdana Menteri, dia, anak-anaknya dan kroni-kroninya akan disiasat, didakwa dan dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahan salah guna kuasa dan rasuah selama 22 tahun dan 22 bulan dia berkuasa.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci terhadap syarikat-syarikat anak Mahathir dan kroni-kroninya yang mendapat kontrak berbillion ringgit daripada kerajaan yang pastinya terdapat elemen salah guna kuasa.

Mahathir adalah kleptokrat terbesar dalam sejarah Malaysia.

Dia bukan curi 10 ekor ayam atau satu reban sahaja, dia telah curi semua ladang ayam di Malaysia sejak berpuluh tahun dia jadi Perdana Menteri dan seekorpun dia tidak pulangkan.

Mahathir adalah Bapa Curi Ayam Negara. 

Sudah tiba masanya Mahathir dihadapkan ke muka pengadilan.

(Dipetik dari laman Facebook Barisan Nasional Selangor) 

https://www.facebook.com/407605752591041/posts/3543922078959377/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts