PM BOLEH TIMBANG UNTUK TAWAR NOH OMAR JAWATAN LAIN

544
SHARES
3.2k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Baru-baru ini Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MISC, satu syarikat 51 peratus milikan Petronas.

Tan Sri Noh berkata peletakan jawatannya adalah untuk memberikan tumpuan kepada rakyat, dan jawatan Pengerusi MISC tersebut lebih sesuai untuk orang korporat dan bukannya orang politik sepertinya.

Keputusan Noh Omar ini adalah bersesuaian kerana MISC merupakan satu syarikat perkapalan antarabangsa, oleh itu tumpuan syarikat ini adalah perniagaan perkapalan antarabangsa dan ia kurang memberi tumpuan kepada pembangunan rakyat tempatan.

Sebagai ahli politik yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Selangor, Noh memegang tanggungjawab untuk memberikan tumpuan kepada khidmat rakyat tempatan terutama kepada rakyat Selangor dan untuk menyemak-imbang kerajaan negeri, oleh itu MISC bukanlah tempat yang sesuai untuk beliau.

Tanggungjawab memimpin pembangkang di negeri Selangor ini amat berat di bahu Noh, lebih-lebih lagi apabila Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Selangor tidak lagi diletak di bawah Pengerusi BN Selangor seperti dahulu namun kini diletakkan di bawah Azmin dan Bersatu.

Untuk membantu menguatkan Perikatan Nasional di Selangor, saya ingin cadangkan supaya YAB Perdana Menteri menawarkan platform yang lebih baik kepada Pengerusi BN Negeri Selangor supaya beliau dan Barisan Nasional Selangor dapat berkhidmat dengan lebih efektif kepada rakyat.

Noh mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembangunan usahawan tempatan, pertanian, dan undang-undang, oleh itu agensi-agensi yang berkaitan dengan hal ehwal di atas mungkin lebih elok dipertimbangkan untuk beliau untuk membantu rakyat berbanding MISC.

Sekian.

ISHAM JALIL

22 Jun 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/745389799549880/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts