BIMBANG GELOMBANG KEDUA, BEIJING ARAH LAPANGAN TERBANG DAN SEKOLAH DITUTUP

475
SHARES
2.8k
VIEWS

Pihak berkuasa di Beijing membatalkan lebih dari 1,200 penerbangan dan sekolah-sekolah di ibu negara China ditutup semula pada hari Rabu ketika pihak berkuasa berusaha sedaya upaya menahan wabak coronavirus baru yang berkaitan dengan pasar makanan borong.

Beijing melaporkan 31 kes baru semalam dan dalam  masa yang sama, para petugas mendesak penduduk untuk tidak meninggalkan wilayah tersebut dengan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai gelombang jangkitan kedua di China. 

Puluhan ribu orang yang terkait dengan kelompok virus Beijing yang baru ini dipercayai bermula di pasar makanan borong Xinfadi yang luas – sedang diuji dengan hampir 30  kawasan kediaman di wilayah tersebut kini dalam perintah berkurung.

Sekurang-kurangnya 1,255 penerbangan yang dijadualkan  telah dibatalkan semalam, di mana hampir 70 peratus daripadanya adalah dari atau ke lapangan terbang utama Beijing.

Serangan baru wabak tersebut telah memaksa pihak berkuasa untuk mengumumkan larangan perjalanan bagi penduduk di kawasan “berisiko pertengahan atau tinggi” di wilayah itu, sementara penduduk dikehendaki mengambil ujian asid nukleik untuk meninggalkan Beijing.

Sementara itu, beberapa wilayah  turut mengkuarantin pelancong dari Beijing, di mana semua sekolah yang sebagian besarnya telah dibuka terpaksa ditutup kembali kerana situasi terkini yang mendesak dan diklasifikasikan sebagai “sangat teruk” oleh jurucakap bandar Beijing iaitu Xu Hejian pada Selasa lepas. Sehari kemudian pihak berkuasa Beijing mengisytiharkan lapangan terbang dan sekolah-sekolah pula ditutup. 

Sebelum ini para petugas telah menutup 11 pasar untuk membasmi kuman yang melibatkan ribuan perniagaan makanan dan minuman di sana setelah wabak tersebut dikesan.

Wilayah itu kini melaporkan 137 jangkitan dalam enam hari terakhir, dengan enam kes asimtomatik baru dan tiga kes baru semalam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts