UMNO PERLU BANYAK BERKORBAN? – PUAD ZARKASHI

489
SHARES
2.9k
VIEWS

Pandangan di atas datang dari Wan Saiful Wan Jan ahli MT PPBM. Pada dia UMNO juga mesti bersedia untuk hilang status ‘dominan’ jika mahu PN menang PRU ke 15.

Saya ingin bertanya soalan mudah kepada Wan Saiful. Pengorbanan bagaimana yang UMNO perlu lakukan di Bahagian-Bahagian untuk Bersatu?

Apakah keputusan UMNO meminjamkan Ahli Parlimennya untuk membentuk kerajaan PN bukan satu pengorbanan?

Di PRU ke-14, PPBM hanya menang 13 kerusi berbanding UMNO 54 kerusi. PPBM tinggal 12 kerusi apabila kalah teruk di PRK Tanjong Piai. PPBM hilang lagi 5 kerusi, apabila keahlian Tun Mahathir dan empat yang lain terlucut.

Tetapi PPBM masih bernyawa kerana jawatan Perdana Menteri dan penyertaan Ahli Parlimen yang melompat dari UMNO, PKR dan Bebas.

Maka apa salahnya PPBM yang berkorban dengan menyertai Muafakat Nasional tanpa syarat? Atau bubar sahaja PPBM yang tidak ada grassroots dan masuk UMNO seperti Semangat 46 dulu.

Ada sanggup? Baguslah Wan Saiful sudah berubah dari seorang idealis (semasa memimpin IDEAS) kepada realis.

Memang ideal untuk hapuskan hutang PTPTN. Tetapi apabila dia sendiri jadi boss PTPTN, Wan Saiful menjadi realis kerana memang mustahil melakukannya di ketika sumber kerajaan adalah terhad.

UMNO realis bila kalah di PRU ke-14. UMNO tidak menggunakan galah sejengkal untuk mengait dan menjolok buah.

UMNO bermula dari grassroot untuk bangkit semula sehingga menang 5-0 dalam semua PRK yang terkemudian.

Justeru untuk menjadi dominan ia mesti berasaskan kekuatan di akar umbi. Layakkah PPBM jadi parti dominan di Mersing jika parti itu hanya ada 5 Cawangan sahaja? 

Sanggupkah PPBM Mersing berkorban di PRU ke-15 nanti supaya kerusi di situ ditandingi calon UMNO kerana grassroot UMNO kuat dan Dr Latif Ahmad pun menang besar atas tiket UMNO?

PPBM tidak boleh menjadi parti dominan jika bergantung kepada kaedah membeli dan menawarkan jawatan kepada orang lain.

Ia akan menjadi parti yang ‘fragile‘ dan sentiasa berkonflik. UMNO dan parti lain terpalit dengan senario seperti itu. Ia akan melemahkan PN.

Itu yang berlaku di Johor, Melaka dan Kedah. PPBM hanya tinggal seorang MB iaitu di Perak atas pengorbanan UMNO yang ada 15 ADUN.

Baguslah apabila Wan Saiful mahu mengembalikan kedudukan politik orang Melayu sebagai teraju kerajaan.

Dia sudah sedar dan realistik bila berkata…”semasa era PH, mereka mengetepikan sentiment orang Melayu sehingga wujud ketidakstabilan”.

Itulah kekuatan BN. Kesaksamaan tidak cukup untuk menjadikan PN lebih baik daripada BN seperti dakwa Wan Saiful.

BN hidup hingga ke hari ini walaupun tinggal 42 kerusi kerana empat prinsip utama iaitu konsensus, moderation, kesaksamaan dan trust.

Justeru pesanan saya pada Wan Saiful, jangan cuba menjadi dominan dengan menggunakan galah untuk mengait dan menjolok buah.

Berkorban, berkorban juga tapi jangan korbankan kawan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts