REFORMASI DEMOKRASI – POLITIK ALAF BARU – SATU REALITI

534
SHARES
3.1k
VIEWS

Ini merupakan satu pandangan peribadi. Saya hanyalah seorang Ketua UMNO Cawangan, yang nun jauh di kampung pedalaman.

Negara sudah ada 8 Perdana Menteri semenjak Merdeka tahun 1957.

Perdana Menteri pertama, anak Raja. Dari Kerabat Kesultanan Negeri Kedah.

Perdana Menteri kedua, seorang peguam. Anak bangsawan, orang kaya-kaya dari negeri Pahang.

PM ketiga, seorang peguam. Anak pemimpin Presiden UMNO yang pertama.

PM keempat, seorang doktor perubatan. 

PM kelima, seorang bekas penjawat awam dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Islam.

PM keenam, seorang economist. Anak bekas PM terdahulu.

PM ketujuh, seorang doktor. PM untuk kali kedua pada usia 93 tahun.

PM kelapan, seorang anggota pentadbir anak syarikat kerajaan negeri. Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu. Anak seorang ulamak dari negeri Johor.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT sungguh tepat.

Ketika umat Islam merasa amat gusar dengan kehadiran parti DAP di dalam kerajaan Putrajaya, yang kelihatan amat bertentangan dengan kehendak orang-orang Melayu Islam di negara ini.

Ketika itulah, pintu hati pemimpin-pemimpin negara dibuka untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang merosakkan negara.

Ketika itulah juga, Allah SWT menghantar utusan mengangkat seorang anak ulamak sebagai Perdana Menteri negara.

Ketika pandemik Covid-19 berlaku, rakyat dapat lihat dengan jelas perbezaan antara kerajaan PM TSMY dengan Kerajaan PM Tun Mahathir yang dipacu oleh parti DAP di belakang Tun.

REFORMASI DEMOKRASI:

Terkini, negara bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Umum pada bila-bila masa sahaja.

Norma kehidupan rakyat negara ini sudah amat berbeza.

Norma ataupun The New Norm, di dalam politik negara juga sudah berubah.

Terkini, terdapat norma-norma baru di dalam politik negara.

PM TSMY mahukan gabungan parti-parti politik ini dijadikan satu gagasan parti politik yang baru seperti Barisan Nasional yang dahulunya mempunyai 14 parti gabungan.

UMNO pula kelihatan tidak mahukan satu gagasan parti politik yang baru. UMNO kelihatan lebih selesa dengan parti PAS di dalam Muafakat Nasional.

ADAKAH INI BERMAKNA?

PN (Perikatan Nasional) + MN (Muafakat Nasional).

PN ADA SOKONGAN: 54 AHLI PARLIMEN.

BN ADA: 42 MP.

PAS ADA: 18 MP.

1. Sekiranya BN bergabung dengan PAS. Mereka akan ada 60 Ahli Parlimen.

2. Tetapi sekiranya PAS pergi bersama BERSATU dan PN, maka PN akan ada 72 Ahli Parlimen. Jauh lebih besar dari angka Ahli Parlimen BN.

POLITIK SATU REALITI:

Pada ketika ini, negara perlu diselamatkan.

Semua parti saling memerlukan antara satu sama lain. 

Kita sudah tidak ada pilihan lain. Permuafakatan antara BERSATU, UMNO, BN, PAS, GPS dan parti-parti lain dari negeri Sarawak dan Sabah di perlukan dalam satu Gagasan Politik yang mantap.

Sama ada dalam satu gagasan yang formal atau satu gagasan campuran iaitu ;

PN + BN + MN.

Apapun, sekiranya ini tidak diusahakan secara elok dan cepat. Dan parti PAS menyeberang kepada gagasan parti politik PN.

Maka, UMNO dan BN akan tertinggal KAPAL, terkapai-kapai seorang diri di tasik yang luas, di persada politik negara.

Apapun, rakyat doakan yang terbaik buat PN, UMNO, BN dan PAS.

Semoga Allah SWT memberi cahaya yang benar dan terang kepada pemimpin-pemimpin Melayu Islam di negara kita ini.

Salam.

DATO’ SAIFUL BAHAR

Ketua UMNO Cawangan Sg. Tungku

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts