ANTARA KEMANUSIAAN DAN AMBIL KESEMPATAN

438
SHARES
2.6k
VIEWS

Mengejutkan apabila bot sendiri dibocorkan dengan sengaja dan enjin pula dirosakkan. Taktik memualkan ini hanya menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan rakyat Malaysia yang pada asalnya mungkin bersimpati atas dasar kemanusiaan ataupun persaudaraan sesama Islam. 

Nemun begitulah sikap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Rohingya yang berlepas daripada Cox’s Bazar sekitar 4 bulan lepas mencari perlindungan di Malaysia, sedangkan pemerintah Bangladesh sudah cukup baik membina pusat perlindungan di sana dan menanggung serta memberi mereka makan percuma selama ini.

Bot dibocorkan dan enjin dirosakkan hanyalah alasan tidak mahu dihantar pulang dan mereka tahu Bangladesh tidak akan mahu menerima kembali dan akhirnya kerajaan Malaysia yang terpaksa menanggung mereka akhirnya. 

Bukan tidak bersimpati, jauh sekali untuk menganiaya saudara semuslim namun tindakan mereka yang sanggup menaiki bot ke sini selama empat bulan mengharungi lautan bergelora tidak perlu dilayan apatah lagi tindakan mereka seolah-olah tidak bersyukur diberi perlindungan oleh kerajaan Bangladesh yang sanggup menerima hampir sejuta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, belum lagi di lain-lain kem pelarian seperti di Kutapalong-Balukhali yang menempatkan sekitar 626,000 pelarian.

Rujuk;

https://www.unocha.org/rohingya-refugee-crisis

Tentulah kehidupan di kem pelarian  di Bangladesh tidak sebaik menjalani kehidupan sebagai pelarian di negara ketiga sama ada di bawah UNHCR ataupun bertaraf PATI namun pasti ia lebih baik dari dihambat keluar dari rumah sendiri, disembelih dan dibunuh serta wanita-wanita dirogol di negara sendiri di Myanmar yang sejak sekian lama menindas dan menafikan  hak mereka.

Mungkin atas sikap kurang bersyukur mereka mencari jalan keluar ke arah kehidupan lebih baik di mana pada mereka kehidupan di kem pelarian tidak menentu dan tiada masa depan. 

Mereka mencari kehidupan yang lebih baik dan cuba lari ke negara ketiga seperti Malaysia yang hanya melindungi pelarian di bawah UNHCR yang akan ditempatkan di negara lain kemudiannya. Ini yang mereka cuba dapatkan sedangkan status mereka kini bukan sebagai pelarian UNHCR namun PATI dan akan dihantar pulang serta merta jika ditangkap. Namun mereka tahu kerajaan Malaysia akan berlembut menanggung mereka dan inilah hasrat mereka dari awal. 

Ini pula bukan kali pertama dan terakhir, pelarian dan tekong yang membuat duit ini akan sentiasa mencari jalan dan bagi yang selamat menyelinap akan dilindungi oleh mereka yang telahpun mendapat kad pelarian UNHCR ataupun PATI yang masih belum ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia. Tentulah mereka tahu merosakkan bot dan enjin itu akan ‘terbalas’ dengan kehidupan lebih baik di Malaysia apabila kerajaan terpaksa mengambil mereka secara paksa, apatah lagi setelah  negara Bangladesh tidak mahu menerima mereka semula. 

Apabila sudah ramai mereka mula mendekati ahli politik Malaysia untuk menuntut pelbagai keistimewaan yang tidakpun berlaku sebelum ini, tetapi kini ia sudahpun berlaku di depan mata.

Ibarat kaduk naik junjung atau ulat naik ke mata, sikap mereka mula menjengkelkan warga tempatan yang berhempas pulas mencari rezeki, yang sebelum ini tidak diendahkan namun lama-kelamaan membuatkan rakyat sendiri mula berasa sakit hati. Rasa kemanusiaan mula menghilang, persaudaraan satu agama mula dipertikai atas sikap mereka yang berlebihan dan tidak tahu bersyukur. 

Justeru sampai bila dan di had manakah kesabaran kita akan berterusan diuji sehingga asalnya rasa simpati demi kemanusiaan kini berganti pula dengan rasa benci kerana rasa mual berterusan diambil kesempatan? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts